BAB 10

6K 476 143
                                    

MARISSA bersandar keletihan. Lega betul bila mesyuarat tadi berjalan dengan lancar. Jam pula sudah hampir ke angka lima petang. Ini bermakna lagi beberapa minit bolehlah dia pulang ke rumah. Dia mahu berehat sepuas-puasnya setelah otak penat bekerja hari ini.

Fail bewarna hitam itu diletakkan di tepi manakala fail bewarna biru pula diambil. Marissa menyemak dokumen di dalamnya dengan teliti sebelum dia menyerahkan semula kepada Harraz esok hari. Dia malas mahu bertangguh kerja. Kalau boleh, lebih siap cepat lagi bagus. Ringan sikit beban dia nanti.

Ketukan di meja menghentikan sepasang mata Marissa daripada menilik setiap ayat di dalam dokumen tadi. Dia mendongak memandang gerangan yang mengetuk mejanya. Siapa lagi kalau bukan Harraz.

"Masuk bilik aku sekejap." Ringkas Harraz berkata sebelum dia berlalu pergi.

Marissa tidak menunggu lama terus mengambil iPad dan berjalan masuk ke bilik pejabat Harraz. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum melangkah masuk.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Duduklah dulu."

Marissa mengambil tempat di hujung sofa. Namun, dibatalkan niatnya dan berpindah lebih dekat dengan Harraz. Dia sudah bertekad mahu membuat lelaki itu jatuh hati kepadanya. Tak kiralah dengan cara apa sekalipun.

Bau wangian daripada Marissa menusuk ke dalam hidung Harraz. Hati lelakinya berdegup kencang. Lebih-lebih lagi wanita itu sedang menayangkan senyuman manisnya.

"Kau dah buat apa yang aku pesan semalam?"

Marissa menelan liurnya. Terasa susah betul dia nak mengeluarkan suara ketika ini. Jantungnya tak usah cakap. Macam nak tercabut dibuatnya.

"Hmm?" Harraz makin mendekat. Keningnya diangkat beberapa kali. Suka dia tengok wajah Marissa yang sudah merah bak tomato itu.

"Encik Harraz ni serius ke? Benda macam ni mana boleh buat main!" Hampir-hampir nak tergagap dia bercakap. Fuh, kalau macam ni bukan Harraz yang jatuh cinta dengan dia, tapi sebaliknya pula!

Marissa menggeleng laju-laju. Tak boleh, tak boleh! Dia tidak akan jatuh cinta dengan pembunuh kawan baiknya. Silap besar kalau dia buat macam tu.

"Look, aku tak pernah main-main dengan apa yang aku cakap. Aku faham kalau kau terkejut. But, aku tak boleh tipu hati sendiri. Mungkin terlalu rushing bila aku ajak kau kahwin, tapi kita boleh bertunang dulu, kan?"

"Kita kenal baru sebulan Encik Harraz. Kita tak tahu hati budi masing-masing macam mana. Mungkin kehadiran saya dalam hidup Encik Harraz hanyalah satu persinggahan saja?"

Bukan ini yang Marissa mahukan. Lansung tak terlintas dek fikiran dia untuk menjadi isteri Harraz. Dia cuma mahu beri lelaki itu pengajaran. Tak sangka pula lain yang dia rancang, lain yang jadi.

"Encik Harraz cintakan saya?"

Soalan yang menyentakkan setangkai jantung Harraz. Dia bagaikan tergamam untuk membuka mulut.

Marissa mengangguk faham. Dia dah dapat agak jawapan lelaki itu. Benarlah tekaannya selama ini. Harraz cuma mahu mempermainkan dia.

"Aku cintakan kau."

Semua organ dalamannya terasa bergetar saat ini. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Harraz cintakan dia? Boleh percaya ke? Kalau betul, ini bermakna misi dia sudah berjaya?

"Sejak bila?" Marissa seakan-akan meragui apa yang dikatakan Harraz tadi.

"Since the first day we met."

Marissa terus memutarkan kembali ingatan dia sebulan lepas. Takkan cinta pandang pertama kot? Harraz ni boleh percaya ke tak sebenarnya ni?

Harraz menyeluk poket seluar dia. Kemudian, baldu warna merah dikeluarkannya. Dia membuka baldu tersebut dan dihalakan ke Marissa.

Terkebil-kebil Marissa tengok cincin itu. Kalau dia nk pengsan sekarang boleh tak?

"Cincin ni tanda aku betul-betul serius dengan kau."

Debaran di hati memang tak dapat Marissa kawal lagi. Mata saling bertentangan lalu menembak satu rasa yang aneh dalam diri keduanya. Dan rasa ini bukanlah pertama kali Marissa merasakannya.

•••

"MACAM tulah ceritanya."

"Kau terima ke, Ris?" Aini bertanya dengan nada risau.

"Mestilah aku terima! Kau tengok apa yang ada dekat jari aku ni," ujar Marissa lalu menayangkan cincin yang sudah tersarung di jari manisnya. Cantik pula dia tengok cincin itu. Pandai Harraz pilih!

"Maksud aku, kau nak kahwin dengan Harraz ke?"

Marissa gelak kuat. Kedengaran sinis saja bunyinya. "Siapa kata aku nak kahwin dengan dia?"

"Apa maksud kau, Ris? Jangan kata, kau cuma nak mainkan perasaan dia je?"

"He deserves it, Aini." Marissa berkata angkuh.

Aini menggeleng lemah. Kesal dengan sikap Marissa itu. Dendam yang tersumat membuat gadis itu menjadi buta hati. Sanggup memainkan hati dan perasaan seseorang hanya kerana dendam yang dah sebati dalam diri.

"Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat sekarang ni, Ris."

"Aku menyesal? Tak mungkin, Aini. Dia yang sepatutnya menyesal! Semuanya disebabkan sikap dia. Sikap yang akan makan diri dia semula!" Begitu angkuh sekali Marissa berkata-kata. Langsung tidak berkutik rasa bersalah dalam dirinya.

"Kau lupa Ris, apa yang kau buat sekarang, akan memakan diri kau suatu hari nanti. Harraz, lelaki yang kau benci hari ini, akan menjadi lelaki yang kau akan tagih semula cinta dia esok hari. Tak kemana dendam kau, Ris! Kelak, dendam yang kau agungkan sekarang, akan menghancurkan diri kau nanti!"

Marissa terasa terpukul dengan kata-kata Aini itu. Namun, hatinya masih lagi degil untuk menghentikan semua ini.

"Kau takkan bahagia dengan apa yang kau buat sekarang, Ris. Sebelum semuanya terlambat, hentikanlah semua ni. Aku taknak kau merana kemudian hari." Aini menyambung kata lagi. Sedih sangat-sangat bila mengenangkan Marissa yang sekarang ini. Jauh berbeza dengan Marissa yang dia kenal dulu.

Marissa bungkam seorang diri di ruang tamu. Kata-kata Aini tadi memang menembak tepat ke hatinya. Cincin yang dah tersarung di jari manisnya kembali ditenung.

Sejujurnya dia berasa gembira bila dia mengetahui Harraz benar-benar serius dengannya. Dia tidak memikirkan benda lain selain misinya yang hampir-hampir berjaya.

Tapi selepas mendengar apa yang dikatakan Aini tadi, jiwanya menjadi kacau-bilau. Otak mendesak untuk tidak meneruskan tapi lain pula kata hatinya.

Buntu sungguh dia sekarang ni. Ikut hati, mati. Ikut rasa pula, binasa. Tapi dia dah melangkah sejauh ini, takkan semudah itu dia nak berpatah balik? Rungsing!

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now