Bab 8

2K 269 52
                                    

"NAIM! Naim!" Dengan teruja Ariana memanggil.

Naim yang sedang memanaskan badan berhampiran situ serta-merta tersentak. Wajah si empunya suara laju dipandang. Kemudian, dia mengambil langkah menuju ke arah Ariana yang lagi duduk di tepi padang.

          "Apa?"

          "Tengok tu. Ada pelangi," ujar Ariana dengan ceria lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah pelangi yang baru muncul tersebut.

          "Hmm... pelangi je pun." Selamba saja kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Naim. Pelangi yang ditunjukkan oleh Ariana hanya dipandang sekilas. Seakan-akan tak kisah langsung dengan kata-kata gadis itu.

          "Cantik apa pelangi tu. Mesti ada naga tengah minum air dekat sungai. Sebab tu pelangi tu muncul," cerita Ariana.

          Naim sudah tayang muka poker. Berkerut habis dahinya memandang Ariana, "Mengarut apa kau ni. Pelangi tu muncul sebab sinar matahari terbias bila terkena air hujan. Bukannya ada naga tengah minum air dekat sungai. Merepek je tahu."

          "Hish kau ni. Suka hati akulah. Apa yang aku tahu, ada naga tengah minum air dekat sungai. Muktamad!" kata Ariana dengan tegas. Masih nak menegakkan kebenaran tentang cerita naga dia.

          "Haih... macam budak-budaklah kau ni. Tu semua mitos je. Bukannya cerita betul pun. Itu pun nak percaya." Naim pula membalas. Masing-masing tak nak kalah.

          "I don't care. Aku memang budak-budak pun. Baru je 16 tahun. Biarlah aku nak percaya pasal mitos tu. Tak salah pun." Ariana mula meninggi suara. Terasa dengan kata-kata Naim. Ingat dia bodoh sangat ke tak tahu yang itu semua mitos. Cuma, dia tak suka pelangi versi Sains. Tak best langsung.

          "Budak-budaklah sangat," sindir Naim.

          "Hish. Malaslah aku nak layan kau. Tak fun. Baik aku pergi main badminton dengan dia orang lagi bagus. Tak payah tengok muka kau. Lega sikit hati aku." Ariana kemudiannya bangun dari duduk lalu beredar pergi dari situ. Ceh! Padahal, waktu Pendidikan Jasmani dah nak habis.

          Kelibat Ariana berlalu pergi dari situ hanya diperhati saja oleh Naim. Kemudian, dia mula ketawa sendiri, "Ariana... Ariana... pasal naga pun nak merajuk. Pikir comel ke?"

𖧷 𖧷 𖧷

DALAM perjalanan menuju ke bilik guru, laju saja Ariana menonong ke hadapan. Naim yang turut sama dipanggil untuk berjumpa Cikgu Batiah pun ditinggalkannya jauh di belakang. Ariana malas nak jalan saing dengan Naim. Annoying nak mampus! Rasa nak gam je mulut mamat tu.

Apabila sudah hampir sampai di tempat yang ingin dituju, Ariana perlahankan sedikit langkahnya. Kang tersesat pula Naim nak mencari meja Cikgu Batiah. Akhirnya, mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam bilik guru.

Nampak saja meja Cikgu Batiah, terus Ariana memutarkan bola matanya ke atas. Menyampah. Bukan menyampah tengok muka Cikgu Batiah. Tapi, menyampah tengok Fasha tengah berdiri tegak depan cikgu tersebut. Rasanya, Ariana dah tahu kut kenapa dia dan Naim dipanggil ke sini.

          "Haa Ariana! Lama cikgu tunggu tau. Ni... mesti Ahmad Naim, kan? Pelajar baru," ujar Cikgu Batiah sebaik sahaja Ariana dan Naim tiba di mejanya.

Ariana hanya mampu tersenyum manakala Naim pula sudah menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan pertanyaan tersebut.

          "Okey. Memandangkan semua dah ada dekat sini, cikgu mulakan dulu ya. Tujuan cikgu panggil awak bertiga ke sini sebab cikgu bercadang nak masukkan nama awak bertiga dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan. Jadi, cikgu nak dapatkan persetujuan kamu semualah terutama sekali Naim." Cikgu Batiah mula membuka kata.

          "Pertandingan debat? Kenapa saya pulak yang dipilih? Saya baru je pindah ke sini," ujar Naim dengan pelik.

          "Ya. Itu cikgu tahu. Tapi, tadi cikgu ada ternampak awak dengan Ariana berbalah mulut dekat padang. Itu yang cikgu terdetik hati nak ambil awak ke peringkat kebangsaan. Cikgu rasa macam ada chemistry antara awak dengan Ariana. Ariana dan Fasha pulak memang dah tentulah cikgu akan pilih memandangkan mereka berdua menang debat peringkat negeri tahun lepas," sambung Cikgu Batiah lagi.

          "Hmm... tapi kenapa cikgu tak ambil je pelajar yang wakil sekali dengan dia orang berdua tahun lepas?" soal Naim. Masih lagi bingung. Terkejut pun ada.

          "Sebab pelajar tu dah pindah. Itu yang cikgu terpaksa cari pelajar lain. Lagipun, pertandingan dah nak dekat. Tak sempat nak buat pemilihan. Jadi, cikgu harap sangat awak setuju join Ariana dan Fasha untuk wakil ke pertandingan seterusnya."

          "Err... dah kalau cikgu cakap macam tu, saya setuju je la," balas Naim. Nak tak nak, dia kena terima jelah dengan reda. Nak menolak tak sampai hati.

          "Yeay! Bestnya you pergi sekali. Teruja I nak bergandingan dengan you." Fasha tiba-tiba menyampuk. Dia bersorak riang. Tak sabar nak sekumpulan dengan Naim.

          "Hmm... cikgu. Kalau dah tak ada apa-apa, saya keluar dulu ya." Ariana pula bersuara. Tak sanggup nak berlama-lama dekat sini bila tengok Fasha asyik terkinja-kinja pandang Naim. Meluat!

          "Oh ya! Sebelum tu, cikgu nak awak semua isi borang ni lepastu bagi cikgu secepat mungkin," ujar Cikgu Batiah lalu menyerahkan borang kebenaran menyertai pertandingan debat kepada mereka bertiga satu-persatu.

          "Terima kasih, cikgu. Saya keluar dulu ya." Ariana ambil borang tersebut lalu salam tangan Cikgu Batiah sebelum berlalu pergi dari situ. Baik dia makan lagi bagus.

          "Saya pun nak gerak ni. Assalamualaikum." Naim pula turut beredar. Malas nak berlama-lama dekat situ. Buat sakit mata je.

          "Hai Naim! Jom rehat sama-sama nak? I ingat nak belanja you makan sempena raikan you masuk pertandingan debat." Fasha tiba-tiba muncul di sebelah Naim. Naim pula hanya buat muka selamba. Malas nak melayan.

          "Takpelah. Aku nak pergi makan dengan Ariana. Mesti dia tunggu aku. Okeylah. Bye. Assalamualaikum." Kemudian, Naim terus berlari meninggalkan Fasha. Kelibat Ariana yang sudah jauh ke depan dikejar. Daripada rehat dengan si Fasha, baik dia rehat dengan Ariana. At least Ariana tak gedik.

Fasha pula? Sudah tentu dia bengang. Kakinya dihentak-hentakkan tanda geram.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now