BAB 11

5.3K 476 161
                                    

HARRAZ berdiri di balkoni biliknya sambil menikmati angin sejuk malam ini. Barangkali mahu hujan sekejap lagi. Lena pula masih belum kunjung tiba. Helaan nafas berat dilepaskan. Marissa. Ya, gadis yang sering bermain di mindanya.

Harraz mengimbau kembali detik-detik di pejabat tadi. Marissa menerima cincin yang diberi sekali gus membuatkan gadis itu kini terikat dengannya. Tidak ada yang lebih membahagiakan selain Marissa yang sudah menerimanya. 

"Encik Harraz tak main-main ke ni?"

Harraz menggeleng beberapa kali. Untuk meyakinkan gadis itu lagi, dia mengambil cincin tersebut dan terus disarungkan ke jari manis Marissa.

"Officially, you're mine."

Tak berkelip mata Marissa memandang cincin yang telah disarungkan ke jari manisnya. Seperti dipukau, Marissa membiarkan Harraz menyarung cincin tersebut.

Marissa merenung ke dalam bola mata Harraz. Kemudian tangannya dilekapkan ke dada. Berdegup kencang jantungnya saat ini. Ruang udara semakin sempit.

"Sekarang kau percaya yang aku betul-betul serius dengan kau?"

Marissa mengangguk perlahan. Hatinya berbunga melihat cincin di jari. Harraz pula melepaskan nafas lega. Akhirnya Marissa menerimanya juga. Maka, lahirlah sebuah senyuman manis daripada Harraz. Manakala Marissa bersorak suka kerana dia berjaya memerangkap lelaki itu.

"Marissa Jasmine." Harraz menyebut nama itu perlahan. Sayup-sayup kedengaran di telinganya.

Marissa Jasmine. Nama yang memang tak asing lagi dari hidup Harraz. Bahkan, nama itu yang sering dia mimpi tiap-tiap malam. Nama yang tidak akan putus rasa rindunya.

Identiti Marissa sudah lama diketahui Harraz. Saat pertama kali mereka bertemu sebulan yang lalu, hati Harraz sudah meraikan dengan gembira. Bertahun mereka terpisah, namun takdir Tuhan mereka dipertemukan kembali. Percaturan Allah itu sememangnya indah.

"Kau nak ke mana, Ris?" Harraz menggapai tangan Marissa yang hendak berlalu pergi. Sejak kejadian tempoh hari, Marissa makin bersikap dingin dengannya.

"Lepaslah! Tak payah nak pegang-pegang aku!" Marissa menarik tangannya dengan kuat. Namun, Harraz langsung tidak melepaskan. Mendengus wanita itu.

"Ris, tolonglah jangan layan aku macam ni! Hati aku sakit Ris bila kau buat aku macam tak wujud!" Mata Marissa ditenungnya dalam. Dia nampak sinar kebencian dalam mata gadis itu.

"What do you expect, Harraz? Kau nak aku layan kau macam dulu? Hei, dalam diri kau memang tak ada sikit pun rasa bersalah ke? Tak cukup ke kau pergunakan aku untuk dapatkan Dee? Apa lagi yang kau nak, huh?!" Marissa menghamburkan kemarahannya. Jelas dimata gadis itu, dia sangat benci kepada Harraz.

"Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak pergunakan kau, Ris! Semua ni salah faham! Aku akui aku makin rapat dengan Dee bila aku tahu dia tu kawan baik kau. Aku tak ada niat lain selain nak berkawan dengan dia. Apa yang kau dengar selama ni, cuma salah faham!"

Salah faham? Marissa gelak sinis seraya air mata yang dia cuba tahan akhirnya gugur juga. Sakit hatinya bagai dihiris dengan belati tajam.

Marissa mengeluarkan telefonnya. Rakaman yang dihantar dari seseorang dibuka. Volume dinaikkan. Dia mahu Harraz mendengar sendiri rakaman itu.

"You cintakan Ris?"

Kedengaran daripada rakaman itu Harraz sedang gelak besar. Gelak yang membunuh rasa sayangnya terhadap lelaki itu.

"Of course tak. Ris tu I anggap sebagai kawan je. Tak lebih dari itu. Lagipun takkan I nak bercinta dengan kawan I sendiri? You kan ada."

Marissa menutup rakaman tersebut. Air mata yang jatuh dibiarkan terus mengalir. Dia tidak ada daya untuk terus berlakon kuat di hadapan lelaki ini. Biar Harraz nampak betapa berkecainya hati dia saat mendengar rakaman itu tadi.

"Sekarang, kau dah dengar semuanya kan? Jadi, apa lagi yang kau nak nafikan?" soal Marissa, lirih.

"Ris, aku..." Tak sempat Harraz nak menghabiskan ayatnya, Marissa sudah terlebih dahulu mengeluarkan suara.

"Aku taknak dengar apa-apa lagi, Harraz. Semuanya dah jelas sekarang. Dah takde apa yang perlu kau explain dekat aku." Kali ini, Harraz sendiri yang rela melepaskan tangan Marissa. Belum sempat Marissa nak melangkah pergi, tubuhnya didakap erat dari belakang. Marissa cuba meronta tapi kerana dirinya yang sudah terlalu lemah, dibiarkan lelaki itu memeluk tubuh dia.

Esak tangisan Marissa betul-betul melemahkan hati lelakinya. Saat ini, dia dapat merasakan perasaan halus yang mula meresap ke dalam hati.

Setelah agak lama dalam dakapan lelaki itu, Marissa dengan perlahan-lahan mengalihkan tangan Harraz dari pinggangnya.

"Kau benci aku ke, Ris?"

"Answer me, Marissa Jasmine! Kenapa diam?" Harraz bertanya dengan wajah yang sayu dipamerkan. Dagu gadis itu dipegang menghadapnya. Menanti satu mulut itu untuk meluah kata bukan main susah lagi.

Marissa tak mampu nak menjawab soalan Harraz. Pandangannya dilarikan. Hati cuba dikeraskan untuk membenci lelaki itu. Hampa. Marissa tewas juga akhirnya. Dia tidak boleh menipu perasaannya sendiri. Dia masih sayang pada Harraz.

Gadis itu melepaskan lelah berat. Wajah lelaki dihadapannya ini dipandang kosong. Menyembunyikan rasa hati yang mendalam terhadap lelaki itu. Tapi hampa. Lelaki itu langsung tidak pernah kesah dengan isi hatinya selama ini. Apa yang lelaki itu tahu, hanya mempergunakan dirinya sahaja untuk mendekati rakan baiknya, Dee.

"Aku tak mampu nak benci kau, Harraz."

"Tapi apa yang aku mampu janjikan, aku akan pergi dari hidup kau. Kau berhak untuk bahagia dengan Dee. Aku tahu tak ada sikit pun tempat aku di hati kau. Dan aku tahu, cinta itu tidak semestinya dimiliki. Aku rela lepaskan kau demi kebahagian korang berdua. Itu dah cukup untuk aku." Marissa senyum kelat selepas menyambung kata dan terus beredar.

Setiap langkah dia ditemani dengan titisan air mata. Ya Allah, sakitnya tak dapat diungkap dengan kata-kata. Rasa macam dia telah merobek hatinya sekejam-kejamnya.

Kejadian beberapa tahun lepas masih segar di ingatan Harraz. Itulah kali terakhir dia bertemu dengan Marissa. Puas dia mencari gadis itu meskipun mereka belajar di tempat yang sama. 

Selama beberapa tahun ini juga Harraz tidak pernah sesekali melupakan gadis tersebut. Meskipun Marissa hadir kembali hanya untuk membalas dendam, itu tidak menjadi asbab untuk dia tidak terus mendekati gadis itu. 

Bagi Harraz, inilah peluang untuk dia menebus kembali silapnya dulu. Meskipun Marissa sudah hilang ingatan tentang dirinya, dia akan cuba sebaik mungkin untuk mengembalikan memori gadis itu. Dan pada ketika itu, Harraz akan meluahkan segala rasa yang telah dia pendam selama bertahun-tahun.

Bukannya Harraz tidak pernah cuba untuk menjejaki Marissa selama ini, namun selepas mendengar khabar berita bahawa gadis itu telah ditimpa kemalangan dan separuh dari memori lampaunya hilang, terus dibatalkan niatnya itu.

Harraz tidak mahu dengan kehadiran dia akan menambahkan sakit untuk Marissa. Cukup-cukuplah dia membuat gadis itu menangis pada masa lalu. Dan sekarang ini, sudah tiba masa untuk dia menagih dan membaja cintanya untuk gadis itu. Tekadnya cuma satu, dia tidak akan melepaskan Marissa untuk kali ini. Walaupun tiada cinta lagi buatnya di hati gadis itu, Harraz tetap akan berusaha keras untuk mendapatkan semula cinta hatinya. Itulah tekad dan janjinya.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now