🌧️ [23] Pengakhiran

5.1K 348 84
                                    

Qassim tersenyum puas dengan tindakan yang dilakukannya. Dia akhirnya berjaya membalas dendam setelah sekian lama dia pendam. Dengan kudrat yang masih ada, dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan tempat itu.

Namun, tiba-tiba sahaja bunyi kuat bergema di kawasan itu. Terdapat beberapa kapal angkasa muncul di langit. Qassim yang melihat itu hanya memandang kosong.

"Gari tenaga!"

Dengan sepantas kilat, Qassim diikat dengan gari. Kelihatan Kapten Kaizo muncul daripada semak-samun. Tiada segaris senyuman pun yang terpapar pada wajahnya. Hanya wajah serius yang ditayangkan.

Qassim hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia bakal ditangkap kerana dia adalah orang yang dikehendaki oleh pasukan TAPOPS. Kapten Kaizo menghampiri Qassim lalu mencengkam wajahnya.

"Kau akan ikut kami ke penjara TAPOPS.. Dan kau akan dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan yang kau dah buat kat adik aku dan kawan-kawan dia.." Tajam sahaja anak mata Kapten Kaizo memandang Qassim.

"Mop mop! (Baiklah!)" Pengikutnya mengikut perintah lalu mengangkat Qassim, menuju ke kapal angkasa yang mendarat tidak jauh daripada kedudukan mereka sekarang.

Kapten Kaizo memandang ke arah Fang dan kawan-kawannya. Terbit perasaan bersalah kerana tidak sampai pada tepat waktunya. "Aku nak korang semua bawa mereka semua pergi hospital TAPOPS.." arah Kapten Kaizo kepada anak buahnya yang baru sahaja turun daripada kapal angkasa.

"Mop mop! (Baik!)"

🌧️🌧️🌧️

"Erhhh..." Perlahan-lahan, Fang cuba membuka matanya. Silauan cahaya menyebabkan dia susah nak membuka mata dan akhirnya dia berjaya. "D-di mana..ni?"

"Syukurlah kau dah sedar Pang.." Fang menoleh. Kelihatan Kapten Kaizo berada di sebelah kanannya, sedang duduk di sofa.

"Fang kat mana ni?" soal Fang kepada abangnya.

Tanpa menjawab soalan Fang, Kapten Kaizo tiba-tiba sahaja memeluk adiknya. Fang tersentak namun dia membalas pelukan abangnya.

"Aku minta maaf sebab aku tak sempat selamatkan kau.. Kau dah tiga hari tak sedarkan diri.. Mujur kau dah okey.." ujar Kapten Kaizo perlahan namun masih dapat didengari oleh Fang.

Fang yang mendengar tersenyum kecil. "Takpelah abang.. Benda dah jadi, nak buat macam mana?"

Kapten Kaizo kemudian melepaskan pelukannya. Dia mengusap kepala Fang dengan senyuman pada wajahnya.

Fang membalas senyuman abangnya namun senyumannya hilang apabila dia teringatkan sesuatu. "Eh, abang! Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying macam mana?! Diorang okey tak?!"

Kapten Kaizo mendiamkan diri seketika sebelum menjawab. "Gopal, Yaya dan Ying dah sedar.. Cuma, keadaan Boboiboy agak kritikal.."

Fang terdiam. "Fang nak jumpa dengan dia.."

Melihatkan wajah sedih adiknya, Kapten Kaizo hanya turuti.

🌧️🌧️🌧️

Pintu dibuka dari luar. Fang yang sedang duduk di kerusi roda ditolak masuk ke dalam bilik Boboiboy oleh Kapten Kaizo. Kelihatan Boboiboy masih tidak sedarkan diri. Banyak wayar yang bersambung pada badannya. Boboiboy terpaksa memakai alat permafasan kerana tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Menurut abangnya, Boboiboy koma.

"Eh, Fang?" Gopal yang sudah berada di bilik itu memandang ke arah Fang. Dia juga duduk di kerusi roda.

Tidak lama selepas itu, Yaya dan Ying pula yang masuk. Mereka berdua juga turut menggunakan kerusi roda. Setelah menghantar Fang, Kapten Kaizo meninggalkan mereka berempat di bilik itu.

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now