BAB 13

5.1K 431 113
                                    

GADIS itu terus melemparkan barang-barang yang berada di atas mejanya. Hari ni dia mengambil emergency leave selepas dia melihat cincin yang tersarung di jari Marissa. Pulang saja ke rumah, terus dia melepaskan kemarahannya. Turun naik nafas gadis itu dengan kencang.

Dia pasti cincin yang dipakai Marissa tadi datangnya dari Harraz. Hatinya menggelegak marah. Kenapa wanita yang baru hadir dalam hidup lelaki itu juga yang dipilih? Kenapa bukan dia? Sedangkan dirinya lebih lama bekerja dengan Harraz.

Rambutnya dikusutkan dengan kasar. Air mata tidak henti-henti mengalir seiring dengan hati yang telah dirobek tanpa simpati.

"Adik?! Kau buat apa ni?!" Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri gadis yang dipanggil adik tadi. Jelas riak kerisauan terpancar dari mukanya apabila melihat adiknya yang sedang menangis lemah.

"Kenapa dia mesti pilih perempuan tu?! Kenapa dia tak pilih adik?!" Gadis itu mengongoi sambil menumbuk-numbuk peha abangnya.

Shafqi memeluk tubuh adiknya. Dibawa gadis itu ke dalam pelukan bagi menenangkannya. Terkejut dia mendengar bunyi kaca jatuh yang datang dari bilik adiknya.

"Siapa yang buat kau macam ni? Bagitau aku!" Shafqi mengangkat muka adiknya. Dia lihat mata gadis itu sudah membengkak akibat terlampau lama menangis.

"Harraz." Dalam tersedu-sedu, gadis itu bersuara. Dia melepaskan tangisan di dada abangnya. Shafqi satu-satunya keluarga yang dia ada sekarang ini dan abangnya itu jugalah tempat untuk dia mengadu.

Kening Shafqi berkerut seribu. Harraz? Dia macam kenal dengan nama itu.

"Nama penuh dia apa?"

"Harraz Daniel."

Shafqi mengetap bibir. Nama yang tidak asing lagi di telinganya. Nama itu juga telah meragut memori gadis kesayangannya dulu. Amarah Shafqi memuncak tinggi. Dulu, Harraz menyakiti seseorang yang dia cintai. Kini, Harraz cuba menyakiti adiknya pula!

•••

SHAFQI berjalan menuju ke arah seorang gadis cantik yang sedang menangis di atas bangku. Dia kemudian melepaskan nafas dengan perlahan bila melihat tubir mata gadis itu yang masih bertakung dengan air mata.

"Ris, kau okey?"

Marissa mengelap air matanya. Senyuman cuba diukir walaupun dia rasa hipokrit senyumannya ini.

Shafqi mengeluarkan sapu tangannya. Dihulurkan ke Marissa dan disambut baik oleh gadis itu. Bahu Marissa ditepuk-tepuk bagi membantu mengurangkan rasa sebak di hati Marissa.

"Aku okey, Shaf." Ringkas Marissa membalas. Walaupun mulut dia berkata begitu, namun hatinya dia seorang saja yang tahu sakitnya bagaimana.

"Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni. Aku tak kisah kalau dia berterus terang sukakan Dee. Tapi kenapa mesti dia pergunakan aku, Shaf? Bertahun-tahun aku simpan perasaan dekat dia, end up, ini yang aku dapat? Dikhianati kawan sendiri?"

Marissa gelak sinis. Kalau tak kerana rakaman yang dihantar Shafqi itu, sampai bila-bila pun dia tak akan tahu perkara ni. Paling dia sedih, Dee yang sudah dianggap seperti adik beradiknya sendiri sanggup membelakangkan hal ini.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now