Count 14: Einsley's Mansion

1.2K 115 20
                                        

Leon dan Sarah keluar dari perkarangan akademi bersama dengan pelajar lain kerana waktu persekolahan sudah pun habis.

"Kau pasti tak nak ikut adik sepupu kau tu?" Soal Sarah.

"Yup. Aku ada kenderaan sendiri. Jom. Kita singgah rumah abang aku dulu." Balas Leon.

Dia dan Sarah segera menuju ke rumahnya. Mereka berdua melalui jalan yang sama mereka pergi ke akademi.

Tidak lama kemudian mereka tiba di rumah milik William. Reaksi Sarah seakan dia pelik.

"Dah kenapa dengan reaksi kau tu?" Soal Leon yang memasuki halaman rumah.

"Rumah abang kau...Normal?" Soal Sarah.

"Hah? Memanglah normal. Kau fikir rumah abang aku ni penuh dengan sistem pertahanan? Macam kamera dan senjata tersembunyi?"

"Haah."

"Chill. Semua orang yang tinggal di sini tahu kami tinggal di rumah ni. Even pencuri pun tak berani nak lalu rumah ni. So, kau jangan risau. Dah jom." Balas Leon seraya mempelawa Sarah masuk.

Dia dan Sarah masuk. Leon menyuruh Sarah duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Sementara itu, dia bertukar pakaian di biliknya.

Sarah mengambil kesempatan itu dengan memerhati sekitar ruang tamu itu. Kelihatan sebingkai gambar tergantung tepat di dinding berdekatan dengan sebuah bingkai gambar lain.

Kelihatan dalam gambar itu seorang lelaki bersama dengan seorang wanita dan juga seorang remaja dan juga Leon masih kecil.

Setelah mengamati betul-betul Sarah terkejut melihat lelaki dan wanita itu. Ya, lelaki dan wanita itu merupakan Pahlawan yang terkuat pernah muncul.

Pahlawan yang tidak pernah menggunakan Evolve, tetapi mampu menghancurkan seribu Unknown dengan hanya sekali serangan.

"Ah, ada apa dengan gambar tu?" Soal Leon.

Sarah memandang ke arah Leon. Kelihatan remaja itu dalam pakaian kasual.

"Leon. Is that your parents!?"

"Them? Yeah. Why?"

"Why you never tell me that your parents is the Strongest Warrior ever alive!? Richard A. Einsley dan Leena A. Einsley..They are the strongest!"

"Alive? They are died, Sarah. Right now, Aleysha is our Strongest Warrior. What's died is died." Balas Leon.

"But..."

"Mark my words, Sarah. My parents died because of that bastard Unknown. And that Unknown still alive. I know. One day. I will kill that Unknown with my own hand. But, I need your help. Can you?" Soal Leon ke arah Sarah.

Sarah berdiam diri melihat Leon. Pandangan redup dari remaja itu buatkan dia buntu.

"Ah!! Kau ni buatkan aku pening kepala jelah! Haish! Tak sah kalau tak menyusahkan orang! Dah jom! Mana motor kau?" Soal Sarah lalu keluar.

Leon hanya mampu tersenyum sahaja. Dia tahu, Sarah mengelak dari menjawab pertanyaan tadi. Dia juga keluar dari rumah.

Dia dan Sarah menuju ke garaj. Kelihatan sebuah motosikal berwarna putih berada dalam garaj. Sarah terkedu seketika.

"Woah. Ini ke motor kau?" Soal Sarah.

"Yeah. Amacam? Hah. Motor ni adalah motor paling laju di bandar ni. Hanya aku je yang ada. Nah, pakai helmet ni. Tak pasal-pasal rambut kau tercabut sebab kelajuan motor ni." Balas Leon lalu menyerahkan Sarah sebuah helmet berwarna hitam.

"Yelah.." Balas Sarah dengan pasrah.

Enjin motor dihidupkan. Bunyi yang garang dikeluarkan oleh motor itu membuatkan Leon tersenyum.

LEON: THE TIME CONTROLLERDonde viven las historias. Descúbrelo ahora