BAB 3

204 38 3
                                    

KERETA dipakir di halaman rumah, namun pemanduannya masih berada di dalam kenderaan itu. Lama Rain merenung pintu rumahnya, dia merengus kasar, apabila teringatkan kata-kata Deorelar terhadapnya.

"Nasib kau couch aku, kalau tak dah lama aku terajang" Rain menggengam erat stereng keretanya lalu dahinya dihantuk ke stereng kereta, buat beberapa kali. Geram dan amarahnya masih belum terhapus lagi.

Tanpa menunggu betah, terus Rain keluar dari kereta, dan berjalan masuk ke rumah. Kasut sukan dibuka, lalu Rain membuka pagar pintu utama, sebelum dia menemui pintu utama rumah yang sebenar.

Ting!

Rain mencapai telefon bimbitnya yang berada di poket seluar kanan, dia membuka aplikasi WhatsApp, nampaknya riuh rendah group tinju.

Hampir terbeliak biji mata Rain, apabila dia membaca satu maklumat penting yang dipesankan oleh Deorelar di dalam group tinju itu.

'Lusa, semua kena bersedia... Sebab kita akan flight ke China, anjuran dibatalkan minggu depan tapi ianya bermula pada tarikh 13th...' - Deorelar

Rain meraup wajahnya kasar, sudahlah dia belum bersedia, masa-masa beginilah yang membuatkan dia kusut.

Lusa?! Itu adalah perkara yang sangat berasas untuk dia fikir! Dilanda stress pada masa yang genting ini, pastinya memberikan tekanan terhadap prestasi perlawanannya nanti.

"Ya Allah..." Rain membaling telefonnya ke sofa, lalu dia naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Daripada tertekan dengan badan yang berbau dengan peluh, lebih baik dia mandi dan selepas itu, solat zohor.

SELESAI menunaikan kewajipan sebagai umat islam, Rain membuka telekungnya kemudian dia lipat, dan meletakkan telekung itu di dalam almari.

Kring!

Telefon milik Rain berbunyi. Mujurlah telefon yang dia baling itu tidak calar, dan dia bersyukur kerana emosinya kembali stabil semula, selepas siap menunaikan perkara wajib bagi seorang muslim.

Tertera nama 'Bonda Maria' di skrin telefonnya. Tersenyum girang gemilang Rain apabila bonda yang menelefonnya.

Meluap-luap rasa rindu kepada bonda Maria, hanya tuhan dan dirinya saja yang tahu. Semenjak Rain diambil sebagai anak angkat kepada sepasang suami isteri, lingkungan umur Rain 12 tahun, Rain tidak pernah melupakan bonda Maria yang sering mencurahkan kasih sayang terhadap dirinya.

Selepas dia dewasa sedikit, Rain bertekad hendak bertemu bonda Maria di rumah anak yatim Nur, malah ketika itu, keadaan rumah anak yatim Nur tidak pernah berubah, sama seperti dia berusia 12 tahun dahulu.

Pertemuannya dengan bonda Maria semula, kembali mengikatkan hubungan silaturrahim antara Rain dengan bonda Maria.

Tidak pernah lupa pula, Rain seringkali memberikan sumbangan kepada panti anak yatim itu.

Semua kanak-kanak yang berada di rumah anak yatim Nur, sudah Rain anggap sebagai adik sendiri, dengan kemesraan Rain yang periang dengan kanak-kanak, kini Rain dianggap kakak besar kepada kanak-kanak itu.

Mahu tidak tumpah air mata Rain ketika kanak-kanak comel itu menyambut ulang tahun ke- 24 miliknya, pada tahun lepas. Terharu sampaikan Rain tak mampu nak bercakap!

"Assalamualaikum, bonda" ceria wajah Rain menyambut panggilan itu, kemudian dia berbaring meniarap di atas katil.
Gembira punya fasal.

"Ain tak balik sini ke? Ni Aisha kata dia rindu kamu, bukan Aisha saja, hampir semua rindu ni hah, eh, eh..." Tersenyum lebar sampai ke telinga Rain, tetapi apabila di hujung kata bonda Maria, dahi Rain berkerut.

"Kak Ain, bila nak datang, Aisha rindu..." Dengar saja suara Aisha si kecil comel itu, terus Rain tergelak halus. Pasti kes Aisha rampas telefon bonda, teka Rain. Bukannya dia tak kenal Aisha, kecik-kecik cili padi.

Teringat Rain dengan kejadian dulu, apabila dia khusyuk dengan rakannya di telefon, Aisha menarik telefonnya yang berjenama Samsung itu sehingga jatuh berenang di dalam air sirap bonda Maria. Sebab itulah dia pakai Iphone 7 sebagai pengganti arwah telefon Samsungnya. Dia mahu marah tak boleh, akhirnya Rain buat keputusan untuk merajuk.

Dan-danlah Aisha buat misi memikat hati Rain. Dan waktu itu, Rain masih ingat betapa cerdiknya Aisha memujuknya, mudah, tergoda punya fasal!
Hilang keegoan Rain, walaupun dia tidak berniat memarahi dan membenci Aisha.

"Petang nanti kakak datang... Tunggu tau" jawab Rain.

"Yeah! Sayang kakak" bersorak suka Aisha di hujung talian sana. Tergeleng-geleng perlahan pula Rain di atas katil.

"Kamu nak ke sini ke Ain?" Kini kedengaran suara bonda Maria memecahkan pendengaran Rain, mungkin bonda sudah menarik telefonnya semula, teka Rain. Sebab Rain dapat dengar suara budak-budak itu bersorak menyebut namanya.

"Dengar suara Aisha, terus Ain rasa nak ke sana kejap lagi..." Kata Rain. Kedengaran bonda Maria mengeluh di talian sana, sehingga membuatkan Rain diselubungi tanda tanya.

"Kenapa bonda mengeluh? Tak baiklah mengeluh..." Rain cuba menegur saja, tiba-tiba saja kedengaran bonda Maria ketawa halus.

"Bukan mengeluh, tapi sedih..." Jawab bonda Maria dengan nada yang perlahan, sekilas anak mata bonda Maria mengerling Aisha yang bermain dengan teman-teman seangkatan Aisha yang lain.

"Kenapa sedih pula bonda? Cuba cerita, mana tahu Ain boleh tolong" Rain makin susah hati apabila mendengarkan perkataan 'sedih' yang diungkapkan oleh bonda Maria.

"Kamu datang sini nanti, bonda akan cerita..." Malas mahu membantah, Rain hanya akur dengan permintaan bonda Maria.

"Kalau macam tu, Ain bersiap dulu, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Akhirnya talian dimatikan, lama Rain berbaring di atas katilnya. Dan lama juga dia merenung siling berwarna biru tua itu.

"Eh, kalau aku asyik termenung saja... Tak bergerak badan aku ni" terus Rain terpancak bangun daripada baringannya, bergegas pula dia ke almari baju, untuk bersiap-siap ke destinasinya.

Dari bawah, melalui ekor mata yang memerhati sosok tubuh Rain melalui jendela yang menghadap ke arah timur memudahkan dia merenung Rain dengan lebih dalam lagi, Deorelar hanya termenung dan terus termenung menilik wajah Rain yang membelek-belek baju berwarna biru cair itu.

"You will be mine..."

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now