Bab 10

2.1K 248 29
                                    

CEPAT-CEPAT pintu belakang kereta Myvi itu ditutup oleh Ariana apabila Naim sudah mula menyindir. Pintu depan kereta tersebut pula dibuka lalu dia menerobos masuk ke dalam. Naim yang sedang duduk di tempat duduk pemandu itu dipandang atas bawah. Kemudian, Ariana tiba-tiba ketawa.

Baju tidur dan selipar bulu-bulu ice bear yang dipakai oleh Naim itu betul-betul buat Ariana ketawa berdekah-dekah. Tak sangka. Harap muka je handsome, perangai kerek, acah-acah badboy bagai dekat sekolah. Tapi, rupanya dalam hati ada taman.

          "Kau gelak-gelak ni mesti nak cakap aku handsome kan?"

          Ariana ketawa makin kuat. Naim punya confident tu layak dipuji. "Ya memang! Kau orang kedua yang handsome dalam dunia ni," balas Ariana dengan sisa-sisa ketawanya.

          "Habistu siapa yang first?"

          "Semua orang," ujar Ariana lagi. Ketawanya cuba ditahan tapi terlepas jua.

          "Whatever." Naim tayang muka selamba. Tanda tak kisah. Malas dia nak layan gelak ketawa Ariana yang semakin menjadi-jadi. Kemudian, kereta Myvi miliknya itu mula dipandu membelah jalan raya lalu meninggalkan kawasan perumahan Ariana.

𖧷 𖧷 𖧷

MC DONALD yang terpampang di hadapan mata dipandang tidak berkelip. Terkejut punya pasal. Ariana sangka Naim betul-betul nak pergi mamak, itu yang dia bedal je pakai baju tidur. Tapi, alih-alih dia bawak pergi Mc Donald pulak. Ariana mula gelabah rama-rama. Tak kan nak masuk kedai tu pakai baju tidur kut.

          "Ehem. Tak nak keluar ke?"

Ariana tersentak. Naim yang sudah pun membuka pintu kereta untuknya pantas dipandang. Kemudian, perlahan-lahan dia keluar dari perut kereta Myvi itu.

          "Tadi kata nak pergi mamak! Asal tiba-tiba dekat sini pulak ni?" tanya Ariana dengan pelik. Langkah Naim yang sedang menuju ke arah Mc Donald diikuti rapat.

          "Ikut jelah. Tak payah banyak cakap."

Ariana mula diam. Sepanjang menuju masuk ke dalam Mc Donald, dia hanya mampu senyap sahaja. Malu teramat rasanya tatkala semua orang di dalam kedai tersebut memandang pelik ke arahnya dan juga Naim. Tapi, Naim boleh relaks je. Selamba dia je jalan menonong.

          "Kau pergi cari meja. Aku nak order makanan kejap," ujar Naim.

Tanpa banyak bunyi, Ariana ikuti saja arahan Naim itu. Meja yang berada di sebelah tingkap menjadi sasarannya. Tersorok sikit daripada orang ramai. Kemudian, pandangan waktu malam pula direnung ke luar tingkap. Kasut tumit tinggi yang berada di dalam kereta Myvi tadi tiba-tiba muncul di benak fikiran Ariana.

          "Kasut siapa tu? Mak dia ke?"

          "Nak kata kasut kakak dia, tak mungkin."

          "Entah-entah dia ada girlfriend."

Macam-macam persoalan yang muncul di dalam kepala otak Ariana. Kasut tumit tinggi yang dia nampak tadi buat dia tertanya-tanya tentang gerangan tuannya. Haih. Apa-apa jelah. Ariana terus letak kepala atas meja. Malas nak fikir lagi.

Pap!

Terus tegak posisi duduk Ariana. Bergegar habis meja di hadapannya. Bukan setakat meja, dengan kepala dia sekali bergegar. Wajah Naim kemudiannya dipandang tajam.

          "Kenapa tak sepak sampai meja ni terbang?"

          "Oh... eh?" balas Naim dengan selamba. Dua set hidangan burger yang dibawanya diletakkan di atas meja. Setelah itu, dia ambil tempat di hadapan Ariana.

Ariana pula sudah memutarkan bola matanya ke atas. Annoying. Jejari kentang yang berada di hadapan mata terus disambarnya. Baik makan lagi bagus. Huh.

          Krik. Krik. Sunyi sepi. Ariana mula rasa awkward. Hanya bunyi kunyahan makanan sahaja yang kedengaran. Masing-masing sibuk menikmati makanan. Tidak lama selepas itu, Ariana membuka kata dahulu, "Err... tadi tu kereta siapa?"

          "Aku. Kenapa?" balas Naim. Burger di dalam mulut dikunyah perlahan-lahan.

Ariana cuma mengangguk. Kasut tumit tinggi tadi muncul lagi di dalam fikirannya.

          "Mesti kau nampak kasut tumit tinggi yang dekat belakang tu kan?" ujar Naim. Keningnya dijongketkan sebelah lalu memandang tepat ke arah wajah gadis di hadapannya kini.

Ariana diam lagi.

          "Tu kasut mama akulah. Kenapa? Jealous ke?" Dengan sinis Naim bersuara. Bibirnya tersenyum sumbing melihat reaksi Ariana.

          "Euw. Aku takde masa nak jealous dengan fans ice bear okey!" Ariana pula menyindir. Tangannya disilangkan ke dada. Buat apa entah nak jealous bagai. Dia cuma curious je. Tak lebih pun dari tu. Naim je lebih-lebih.

          "Yalah tu."

Ting!

Bunyi notifikasi masuk dari telefon Naim menyampuk perbualan mereka berdua. Kemudian, pantas notifikasi itu di check. Tak lama kemudian, Naim mula rasa lain macam. Seterusnya, wajah Ariana pula dipandang. Tergeleng-geleng habis kepalanya saat melihat Ariana sudah tersengguk-sengguk kepala memegang Mc Nuget. Setelah itu, skrin telefonnya dilihat kembali.

Bam!

Naim sekali lagi terkejut. Wajah Ariana dipandang lagi. Kali ini, terlepas ketawanya saat melihat gadis itu. Habis comot muka Ariana yang terkena sos selepas kepalanya terhantuk pada meja. Yang hairannya, si Ariana ni tak sedar-sedar lagi. Haih. Naim mula senyum. Kamera telefonnya dibuka lalu gambar Ariana diambil.

Klik!

Ariana terbangun. Cepat-cepat Naim tutup telefonnya kembali. Dia pura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Gelaknya juga cuba ditahan. Tak nak Ariana tahu.

          "Pergi basuh muka kau tu. Lepastu kita balik," arah Naim.

Ariana yang masih mamai-mamai itu hanya turuti saja kata-kata tersebut. Sementara itu, Naim lihat kembali gambar Ariana yang telah diambil tadi. Kemudian, instagramnya pula dibuka lalu gambar itu di post pada insta-story. Tanpa sedar, Naim tersenyum.

Mu'azzin Paling AnnoyingWhere stories live. Discover now