🌙
Celik sahaja mata, Aera sedar yang dia bukan berada didalam biliknya. Ini kerana, warna dinding bilik, bau minyak wangi lelaki, berserta susunan perabot didalam bilik tersebut. Itu bukan biliknya.
“Ohh, dah bangun?” tegur satu suara garau sebelum matanya melihat kelibat Yoongi dihadapan mata. Aera ketap bibir, sakit dikepala makin menjadi- jadi.
“Saya mimpi ke?”
“Mimpi apa pulak ni, sayang? Ini saya, Min Yoongi..” katanya. Lelaki itu duduk dibirai katil buatkan Aera bingkas bangun dan mengesot sampai ke kepala katil.
“Tipu..”
“Kenapa pula saya nak tipu-”
“Huaa Min Yoongi! Uri boo” Aera laju melompat dari katil lalu meluru memeluk Yoongi. Lelaki itu tersenyum lebar, dia balas pelukan Aera.
“Hee saya rindu awak..”
“Me too, sayang.” bisik Yoongi. Aera meleraikan pelukan, tapak tangannya menyentuh pipi Yoongi, nyata. Memang nyata. Berderai air mata Aera jadinya. Hah!
“Janganlah tinggalkan saya lagi, Yoongi.. saya terseksa kat sini. Saya-”
“Saya tak tinggalkan sayang dah. Ihh berhenti menangis, buruk” sempat lagi Yoongi memerli sebelum mengesat pipi Aera dengan ibu jarinya. Aera menepuk bahu Yoongi sebelum lelaki itu ditarik kedalam pelukan, sekali lagi.
Rindunya terlepas juga.
YOU ARE READING
[C] L D R | 민윤기 ✓
Romance"Kamu berdua tinggal jauh-jauh ni tak takut ke yang dia pasang lain?" soalan yang sama ditanya berulang- ulang kali. Aera memilih untuk tersenyum saja. Dia yakin, lelaki itu takkan berbuat seperti itu. Hubungan yang terpaksa dirahsiakan dikernakan l...
![[C] L D R | 민윤기 ✓](https://img.wattpad.com/cover/195397335-64-k658740.jpg)