BAB 16

5K 387 62
                                    

"ORKID?"

Harraz menjengul dari luar. Dari pandangan matanya, tidak nampak pula dia akan tubuh gadis itu. Hatta, bayang-bayangnya pun Harraz tidak nampak. Pengawal keselamatan di luar ada mengatakan bahawa Marissa sudah sedar dan sedang menunggunya. Tapi, ke mana pula gadis itu pergi?

Harraz kemudian memanjangkan langkah menuju ke bilik yang dia tempatkan Marissa tadi. Buka saja pintu, dia sudah disapa dengan senyuman manis Marissa.

"Kau okey? Sakit kepala lagi tak? Nak aku bawa pergi klinik?" Bertalu-talu Harraz bertanya. Nampak riak wajah dia yang kerisauan itu. Tak cukup lagi, tangan naik menyentuh dahi Marissa.

"Saya okey je, Encik Harraz. Sakit tu ada lagi tapi taklah sesakit tadi." Marissa menurunkan tangan Harraz kembali. Dia menepuk-nepuk tangan lelaki itu seraya tersenyum suka.

"No! Kita kena pergi klinik. Aku risau kalau sakit kau tak baik-baik lagi." Lembut tapi tegas Harraz berkata.

"Please... Saya tak nak pergi klinik. Lagipun sakit saya tak teruk mana pun. Saya just perlukan sedikit rest and lepas tu okeylah..." Meleret suaranya kerana tidak mahu pergi ke klinik. Muka kesian dipamerkan.

Harraz menggeleng kecil. Dari zaman mereka belajar sehingga sekarang, Marissa masih lagi berdegil tidak mahu ke klinik jika gadis itu sakit. Namun, sedikit sebanyak Harraz terpujuk juga dengan rengekan manja gadis itu. Ditambah pula dengan memek muka kesian, haih nasib baik imannya kuat.

"Encik Harraz..." panggil Marissa.

"Harraz. Kita berdua je pun. Tak perlu formal sangat. Nak panggil sayang, baby, abang pun boleh. Cuba Practice. Lagipun kita nak kahwin kan?" Harraz angkat kening. Gatal!

Marissa mengerut dahi sambil matanya dikecilkan memandang Harraz. Amboi, amboi! Bukan main lagi miang keladinya.

"Eii, siapa entah nak kahwin dengan dia!" Marissa menjeling manja.

"Betul ni taknak kahwin dengan aku? Tak menyesal, hmm?" Harraz sengaja mendekatkan dirinya. Suka dia melihat tona wajah Marissa yang sudah bertukar merah jambu. Malu lettew!

Dub dab dub dab. Bukan main rancak lagi jantungnya mengepam darah. Marissa menunduk malu. Kenapalah dia rasa perutnya ini sedang dipenuhi dengan rama-rama? Happy!

"Awak jangan nak dekat-dekat ya, Harraz. Saya debik awak nanti! Gatal!" Marissa mencubit tangan Harraz. Ketawa besar lelaki itu dibuatnya.

"Kenapa? Malu? Malu, tapi mahu kan?" seksi suara yang dilontarkan. Sengaja mahu mengusik gadis itu lagi.

Marissa tekup mukanya dengan bantal. Panas berbahang mukanya ketika ini. Macam mana si singa lapar ini boleh bertukar menjadi si burung peliharaan yang jinak?

Harraz mengalihkan bantal di muka Marissa. Dagu gadis itu diangkat untuk melihatnya. Sepasang mata hazel itu kelihatan begitu cantik pada pandangan Harraz. Lama mereka saling menatap antara satu sama lain. Menzahirkan rasa cinta yang kian wujud dalam diri dua manusia itu.

Ting tong!

Loceng yang berbunyi itu sekaligus menyentakkan kedua-duanya daripada terus dibuai perasaan. Harraz berdehem. Marissa pula mengalihkan pandangannya ke sisi. Malu!

"Jomlah, keluar. Aku rasa pizza dah sampai tu. Kau okey je kan makan pizza? Atau kau nak aku order makanan lain?" soal Harraz. Dia sudah bangun dari katil tersebut.

"Saya tak kesah pun. Erm awak keluar dulu boleh? Saya nak ke toilet sekejap." Balas Marissa sedikit janggal.

"Okeylah, aku keluar dulu. Tapi jangan lama-lama dalam toilet tu. Aku takut nanti..." Harraz tidak menyambung kata.

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now