Pt. 93

313 31 75
                                    

Di hospital, Haechan sabar menunggu Jeno yang sedang berborak dengan Renjun kerana sudah lama tidak berjumpa.

Haechan tidak marah walaupun mereka sudah lama berada di sana kerana tahu Jeno terlalu rindukan kakak kembarnya dan cerita yang mahu dikongsikan.

"Jeno tak boleh lah sedih-sedih je, nanti semua orang sedih bila Jeno sedih. Jangan lah buat macam tu lagi, janji tau? " Pesan Renjun kepada Jeno sambil berpegangan tangan.

Jeno mengganguk kepala dan mengeratkan pelukan mereka berdua. Jihoon tersenyum dan mengusap rambut Jeno dengan perlahan-lahan.

"Jeno, jaga diri baik-baik tau, nanti hyung datang rumah lepas semua hal hyung dah selesai " Ujar Jihoon kepada Jeno.

"Bba-baik hh-hyung.. " Ujar Jeno kepada abang iparnya.

Haechan bangun dari kerusi lalu menepuk bahu Jeno, Jeno meleraikan pelukan bersama Renjun dan menoleh ke belakang.

"Jom kita balik, tak elok ganggu orang yang baru bersalin. Kami pergi dulu ya noona? " Ujar Haechan dan membuka kunci kerusi roda Jeno untuk bergerak.

"Tunggu sekejap" Ujar Renjun, lalu mencari sesuatu dalam beg baju. Haechan dan Jeno berpandangan sesama sendiri kerana hairan.

Renjun bangun dan meletakkan beberapa keping duit didalam tangan Jeno. Jeno memandang tangannya dengan pelik.

"Ini buat duit belanja Jeno tau, noona tahu Jeno mesti ada teringin nak beli sesuatu. Kalau tak cukup, bagitahu noona ya? Nanti noona tambah lagi, dalam ni ada 200 " Ujar Renjun lalu mengusap rambut Jeno.

"Nnoo-noona, nni-ni ddu-duit ssi-siapa yya-yang nnu-noona bba-bagi nni-ni? " Balas Jeno dengan terkejut dan menolak pemberian tersebut, tetapi Renjun memegang tangannya supaya Jeno tetap menerima duit tersebut.

"Ini duit noona, ambil je, lagipun dah lama noona tak bagi duit belanja kat Jeno. Banyak barang keperluan yang Jeno kena beli kan?"

"Tta-tapi nnoo-noona pp-pun bb-banyak bbe-benda lla-lain nna-nak kke-kena bba-bayar. Nnoo-noona kk-kan bba-baru bbe-bersalin.. Bbi-bil hh-hospital lla-lagi.." Jeno menggeleng tidak mahu menerima duit tersebut.

"Ambil je, mesti Jeno ada nak beli sesuatu nanti. Noona sayang dekat Jeno " Ujar Renjun sambil mengusap rambut adik kembarnya.

"Tte-terima kka-kasih, noo-noona bba-baik hha-hati ssa-sangat. " Jeno menitiskan airmata dan peluk Renjun buat kali terakhir sebelum pulang ke rumah.

"Noona, kami berdua balik dulu ya? Nanti kami beritahu anak-anak noona tentang keadaan noona" Ujar Haechan dan cium pipi Renjun.

"Jaga anak-anak noona elok-elok ya, pastikan mereka makan dengan cukup" Ujar Renjun kepada Haechan.

Haechan tersenyum dan mengganguk kepala perlahan. Renjun menarik nafas lega kerana anak-anaknya dijaga dengan baik di rumah lain.

"Kka-kami.. bba-balik ddu-dulu.." Jeno melambai kepada Renjun dan Renjun membalas semula lambaian tersebut.

Haechan menolak kerusi roda Jeno keluar daripada bilik dan pergi ke lif untuk ke tingkat bawah.

Ketika Jeno masukkan duit pemberian Renjun ke dalam poket seluar. Ada kertas terjatuh dari dalam poket tersebut.

Haechan membungkuk dan membaca isi kertas tersebut. Jeno terpandang Haechan dan terkejut kerana Haechan sedang baca isi kertas tersebut.

Haechan membaca isi kertas tersebut dengan khusyuk sehingga habis.

"Nanti bila Juno dah besar, Juno belikan telefon baru untuk appa. Juno nak gantikan telefon appa yang rosak tu tau" Haechan membaca dengan nada yang perlahan lalu memandang Jeno dengan muka serius.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now