Chapter 68

1K 112 301
                                    

Only you can save me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Only you can save me

-------------------------

Itu dia, pelari tidak berdaftar membuat larian pecut dikoridor hospital. Mengambil sudut 90° semasa diselekoh tajam koridor hospital. Nasib sempat membelok kalau tidak muka bertemu dengan dinding jawabnya.

Tak usah cerita betapa gopohnya jejaka bernama Kim Namjoon ini bila menerima mesej dari Seo Jung yang mengatakan MinMin sudah keluar. Dari Incheon sehingga ke Seoul, Namjoon buat larian pecut demi mengejar masa pelepasan monorail terakhir ke Seoul.

Setiba sahaja di Seoul, langsung teksi ditahannya. Tak perlu diperkatakan bagaimana Namjoon mendesak pemandu teksi yang tidak bersalah itu untuk bergerak pantas ke hospital. Kalau boleh, disaat itu juga, Namjoon mahu rampas akan stereng teksi tersebut dan menunjukkan skil drift ke longkangnya.

Tapi bertuah, Namjoon masih dapat mengawal diri sendiri dan doanya dikalbukan. Dia sampai dengan selamat dan cepat di hospital besar dikota Seoul. Sempat Namjoon menelan saliva ditekak. Dia tahu bahawa dia bakal jadi Usain Bolt untuk beberapa saat.

"Y-Y-YOUNG!!! A-A-AKU DAH ━FUH PENAT. KEJAP." Habis segala tenaga sang jejaka sebaik tiba betul-betul dipintu wad VIP milik isterinya. Tersungkur buat seketika dihadapan pintu yang hampir tercabut akibat terjahan hebat Kim Namjoon.

Nafasnya diatur lalu Namjoon mengangkat wajahnya kearah katil sang isteri. Matanya membulat apabila matanya dijamukan dengan riak wajah sedih milik Seo Jung. Kekuatannya dikerah untuk berdiri dan mendekati akan sang smurf biru.

Seo Jung yang duduk dibirai katil hospital. Namjoon makin gelisah sebaik mendekati gadis muda itu. Bunyi seakan tangisan daripada gadis tersebut. Tangan Namjoon terketar-ketar memegang bahu gadis itu. "A-A-Apa jadi??? M-M-Mana Young???!" Bahu Seo Jung digoncang kencang.

"D-D-Dia....." Ayatnya tergantung tambahan dengan gelengan kepala dengan momentum kecil. Namjoon makin tidak keruan. Segala benda buruk sudah bermain diakal Namjoon. "Di-Dia, ALWAYS HIGH FLIGHT! YEAH! THAT'S MA STYLE! L-O DOUBLE T- E━━" Plepek ~

Tak sempat Seo Jung nak tunjuk skil rapping part Hoseok dalam iklan promoting Lotte Duty Free, dia dah dapat tamparan free kat dahi dari adik iparnya. Baran Namjoon naik ke kepala dibuatnya, orang tengah tergopoh-gapah takut akan keadaan bini sendiri, boleh pulak Seo Jung ajak rapping.

Si gadis berambut smurf hanya mengosok akan dahinya yang ditampar kuat. Rasa otaknya bergegar buat sesaat. Walaupun begitu, Seo Jung tiada erti serik jika menyakat Namjoon. Sengihan diberi buat sang adik ipar yang sedang baran.

"Tahu pun sayang bini eh? HAHAHA WE GOT BEAUTY! BEAUTY! ~" Sakatannya ditambah lagi dengan aluan lagu iklan Lotte Duty Free. Seo Jung gelak sehingga terbaring dikatil dibuatnya. Namjoon pula dah cabut sebelah kasutnya, dia mahu bagi kakak iparnya 'rasa' kasut saiz 27 cm kat muka.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now