BAB 47

376 13 5
                                    

NENDA menghembus nafas berat, entah betul atau tidak keputusan yang dia lakukan ini. Adakah Nyle setuju dengan perancangan ini atau tidak, namun yang pastinya, nenda hanya ingin mengikatkan hubungan Nyle dan Rain secara sah.

"Nyle" panggil nenda. Nyle mendongak dan tersenyum nipis menatap wajah tua nendanya. Wajah itulah yang selalu menempel dari hari ke hari bersamanya.

"Aisha dah tidur ke, nenda?" Soal Nyle, seraya itu, nenda mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan cucu tunggalnya itu.

Semenjak khabar Rain bagai hilang tanpa di duga, nenda sajalah yang sering memberikan kata-kata semangat kepada Nyle. Jikalau tiada nenda, entah apalah yang berlaku. Mungkin dia akan merenung kolam berhari-hari.

"Dah. Nyle, nenda nak tanya sikit boleh?" Nenda dah membuka isu yang ingin dia ketengahkan kepada Nyle. Dan-danlah Nyle mengangguk perlahan, tanpa membuka mulut.

"Nyle cintakan Ain?" Pertanyaan nenda membuatkan mata kuyu Nyle terus segar bugar.

Nyle mengatur dudukkannya agar lebih kemas dan teratur. Mungkin pertanyaan nenda ini seakan-akan serius baginya.

"Kenapa nenda tanya macam tu?" Bukannya Nyle menjawab soalan nenda, namun dia pula yang menyoal nenda kembali.

Terdetik di hati Nyle, mengapa nenda bertanya sebegitu.

"Entahlah, nenda pun tak tahu. Tapi nenda nak tahu sejauh mana perasaan Nyle untuk Ain" nenda serius dengan percakapannya. Nyle mengaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal. Serasa sangat soalan nenda mencabut tangkai jantungnya, makin berpeluh-peluh pula dahi!

"Errr Nyle, " Nyle makin gelabah plus gugup, rasa malu mulai menyelubungi dirinya. Nak cakap depan nenda kut! Mestilah dia malu, ini kalau depan Rain! Mahu tidak dia malu habis!

"Nenda tahu. Nyle cintakan Ain. Sebab tu nenda nak tolong Nyle" nenda menepuk lembut bahu cucunya. Dan nenda berharap sangat, yang Nyle mengikuti segala rancangannya.

"Nenda nak tolong apa?" Soal Nyle, masih blur dengan kata-kata nenda tadi.

"Kita jumpa ajelah mak ayah Ain tu" nenda memilih jalan singkat.
Dahi Nyle makin berkerut-kerut, tidak faham atau buat-buat tidak fahan dengan kata-kata nenda.

Banyak perkara yang mulai berlegar-legar di fikirannya. Takkan nenda nak suruh aku kahwin ngan Ain getus hati Rain.

"Ishhh budak ni, buat riaksi macam tu pulak!" Nenda dah menjentik dahi Nyle, sampaikan Nyle mengadu kesakitan. Alahai baru sikit aje pun, tak gentelman langsung!

"Maksud nenda, nenda nak..." di hujung kata suara Nyle makin meleret. Mungkin tidak sedia dengan apa yang bakal dia dengari daripada mulut nenda.

"Ermmm kita masuk meminang Ain. Lagipun, nenda dah tahu siapa mak ayah dia. Dan, memang kamu berdua ni berjodohlah... Sebab mak ayah dia setinggal kat sini juga" kata-kata nenda membuatkan Nyle terbatuk kuat, sampaikan batuk tu tak ada penghujung. Mungkin terkejut punya fasal!

"Nenda jangan cakap yang nenda..."

"Yeee... Nenda upah pengintip. Mak ayah dia tu Dato Datin, tapi yang nenda peliknya, dia tak tinggal ngan mak ayah dia" persoalan itu semakin menjadi-jadi di benak fikiran nenda. Hairan mungkin, kerana Rain hanya pulang pada hujung minggu sahaja.

"Ain nak berdikarilah tu, nenda. Kenapa nenda tanya macam tu?" Soal Nyle. Tidak jelaskah bahawa Rain memang seorang wanita yang kuat berdikari sendiri, tanpa meminta bantuan sesiapa.

"Nenda, haraplah..."

"Bila nak masuk meminang nenda. Nyle tak sabar ni" kata Nyle. Makin suka pula dia dengan rancangan nenda itu. Nenda yang merancang dia yang syok!

"Aiii... Dia yang lebih pulak..." Nenda sempat menggeleng perlahan, apabila merasa sikap Nyle seperti kanak-kanak riang.

Dah besar panjang, tapi perangai tetap sama macam budak-budak! Gelojoh betul nak meminang anak dara orang!

"NO! I nak baju kahwin warna putih!" Shasha dah membentak habis apabila Aryan tidak mahu mengalah. Maka dia pun tidak akan mudah mengalah begitu saja!

"Nope! Aku nak warna pink!" Aryan tetap dengan pendiriannya. Manakala jurujual pula dah tersenyum kelat memandang pasangan dua sejoli itu.

"Apa yang cantik sangat dengan pink tu hah! I rasa putih lagi bersih, tulus, murni, okey!" Shasha dah makin kuat protes habis. Sampaikan Aryan menggetap bibirnya kuat. Ini kalau dah kahwin nanti, entah terbalik tangga rumah tu!

"Pink melambangkan kecomelan sama macam aku yang comel plus macho ni, kan cik adik" Aryan mulai gatal, lalu memberikan satu kenyitan mata kepada jurujual muda itu.

"Euwww... Dik, jangan you percaya dengan dia ni. Muka macam penyangak, ada hati kata dia comel plus macho!" Shasha pulak sakit hati, apabila Aryan sewenang-wenangnya memberikan kenyitan mata kepada jurujual itu. Huh! Makin berapi-api hatinya, namun Shasha mampu mengawal riaksi wajahnya.

"Nevermind. Puan dan tuan, nak pink or putih?" Soal jurujual itu. Dia tidak boleh terus melayan Aryan dan Shasha, yang perangai macam kucing dengan anjing. Kuat sangat bercakaran!

"Putih"

"Pink"

"Kalau you pilih pink, I lari masa kita nikah nanti!" Shasha dah beri amaran. Dan-danlah Aryan teguk liur payah.

"Fine. Putih pun putihlah... Janji nikah" terpaksalah Aryan akur. Silap-silap hari nikahnya nanti, betul-betul Shasha lari, mahu tak naya dia. Shasha pun satu, apalah yang cantik sangat dengan warna putih tu!

Tapi, Aryan pun sama juga! Apalah yang lawa sangat dengan warna pink tu!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dear, My Love [HIATUS]Where stories live. Discover now