Bab 45

311 5 0
                                    

Alec menggeliatkan badannya. Isaac dah bagitahu dia bahawa ketua GrimReaper yang lama yang sebenarnya buat kerja kotor.

Dia juga bagitahu Sylvester ialah budak yang Alec nampak waktu dia datang mengambil Isaac dulu. Alec menghela nafas lega.

"Saya dah kata tak nak tu tak nak lah. Tadi saya ajak awak tapi awak tak nak ikutkan". Suara Emma jelas kedengaran.

Alec membuka pintu pejabatnya. Dia melihat Alexandra dan Emma bergaduh. Emma je yang gaduh. Alexandra cuba pujuk.

"Asal tu?". Andy turut mengintai.

"Period". Alec membalas. Andy mengangguk.

"Okay kita pergi mana mana awak nak. Janganlah macam ni". Alexandra memegang lengan Emma.

Alec menarik Andy masuk ke dalam pejabatnya. Emanuel dan Zac dihantar ke Amerika untuk uruskan syarikat Alec kat sana.

Emma menolak tangan Alexandra dan mengambil kunci keretanya. Alexandra memeluknya dari belakang.

"I'll go with you. Please?".

Emma memandang muka Alexandra. Mukanya dah sembab sebab nangis. Kena marah tadi. Emma mengeluh. Dia mengelus muka Alexandra.

"Okay fine".

Alexandra tersenyum. Kunci kereta Emma diambil. Dia mencium sekilas bibir Emma dan terus menghidupkan enjin kereta.

Emma cuba kawal mood dia untuk harini. Dia menutup pintu rumah dan terus masuk ke dalam keretanya.

"Let's go shopping first. Then we'll go eat somewhere, 'Kay?".

Emma tersenyum melihat muka riang Alexandra. Dia mula rasa bersalah sebab marah Alexandra tadi.

Muka Emma dipandang lama. Hampir 30 minit dan Emma tidak bercakap atau pandang mukanya. Alexandra tahu dia rasa bersalah.

"It's okay. I'm a girl too. I get it". Tangan Emma dielus.

Emma memandang muka Alexandra. Dia tersenyum melihat Alexandra mencium lembut tangannya.

Selepas 30 minit di atas jalan raya. Mereka sampai di Mall yang berdekatan dengan rumah Alexandra.

"Jom!".

Alexandra membuka pintu untuk Emma dan menghulurkan tangan kepadanya. Emma tersenyum dan menyambut hulurannya.

Mereka masuk ke dalam kedai baju sports memandangkan Alexandra suka baju berjenama macam Puma, Adidas, Nike dan lain-lain.

Terhenti niat Alexandra bila terasa ada orang memerhati. Dia memandang setiap pelusuk dalam kedai tapi tak ada orang yang mencurigakan.

"Kenapa?". Emma memandang muka Alexandra.

"Ah tak ada apa". Dia menggosok kepala Emma.

Alec meregangkan badannya. Dia tak tahu nak buat apa memandangkan Lyon dah senyap dan hal GrimReaper juga dah siap.

Andy dan Anthony sibuk main PS4 mereka di dalam bilik khas untuk game. Gadreel pula dihantar ke Indonesia untuk uruskan hal syarikat disana.

Alec bangun dan pergi ke ruang tamu. Dia melihat Magnus yang sedang tidur di atas sofa.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now