Chapter 73

749 92 433
                                    

Feel like a failure'Cause I know that I failed youI should've done you better'Cause you don't want a liar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Feel like a failure
'Cause I know that I failed you
I should've done you better
'Cause you don't want a liar

I need to be the one who takes you home

------------------

Nafas dalam diambil memenuhi peparu. Kelopak mata dibuka perlahan dan si gadis melihat dirinya di dalam pantulan cermin. Perlahan-lahan nafasnya dihembus talkala senyuman kecil menghiasi mukanya. Harinya sudah tiba. Sang suami sudah pulang akhirnya.

Tiga hari tanpa Namjoon disisi, memberikan kesan hebat pada si gadis. Well, segalanya sudah dirancang bijak oleh sang musang licik. Apa yang diangan-angankan Min Young, hancur dalam sekelip mata. Tapi, takpelah. Benda nak jadi, tidak mampu dihalang.

Dibelek-belek sedikit kulit wajahnya. Tidak mahu ada yang cacat cela semasa mahu menyambut kepulangan sang suami yang dirindui. Min Young pastikan penampilannya tampak anggun walaupun dirinya baru dihempap musibah. Kesedihan bukan penghalang buatnya untuk kekal tersenyum. Well, dia dah biasa.

Usai puas dengan penampilannya. Lantas dia meninggalkan bilik mandi. Orbit iris milik Min Young merenung akan bagasi diatas katilnya. Kini, dia sudah bebas dari tahanan wad. Nampaknya, dia sudah boleh pulang.

Perkara yang sungguh si gadis nantikan telah tiba sebaik mendengar ketukkan dipintu. Langsung kaki Min Young melangkah teruja ke pintu. Tombol pintu yang sejuk dicapai dan langsung dibuka.

Senyuman manis yang tertacap diwajah diganti dengan muka annoy.

"Jung? Mana mamat tu? Kau kata kau pergi jemput dia kat lobi?" Muka Seo Jung pulak yang tercenguk dipintu bilik Min Young. Lain yang dia tunggu, lain yang datang.

"Haish, dia ada je. Just, tadi doktor nak sembang-sembang dengan dia ~ Yelah, dia baru je sampai." Balas Seo Jung sambil berpeluk tubuh. Min Young pula membalas dengan keluhan. "Hey. Kau betul nak jumpa dia sekarang ke? Kalau tak, aku suruh dia..." Ayat Seo Jung dibiarkan tergantung.

Raut wajah Min Young telah memberitahu segalanya. "Tak. Aku nak jumpa dia. Kau tahu kan? Aku rindu dia."

"Pfft. Kau rindu dia? Ya tuhan, terima kasih kerna bukak bijik mata adik gue ni. Finally, tau jugak dia sayang suami." Tak taulah adakah itu perlian ataupun tanda syukur akhirnya Min Young dah tahu erti berumahtangga. "Hah, panjang umurnya. Dia dah sampai."

Akhirnya, penantian Min Young telah tamat. Kehadiran Namjoon dimuka pintu wadnya sudah cukup memberikan dia nafas untuk kekal hidup dibumi yang nyata. Belum sempat Min Young nak menyapa Namjoon, laju saja Seo Jung nak mencelah.

"Apa kejadah sembang kat depan pintu?! MASUKLAH!" Lantas Seo Jung menolak belakang tubuh Namjoon dengan kudrat gadisnya. "Hah, suami isteri kena sembang dalam bilik. PrIvAsI ~~" Sebaik ayat 'berisi' Seo Jung mengelongsor dari bibir, terus pintu wad milik Min Young ditutup.

Dionysus  [The God Of Wine]Where stories live. Discover now