👣Bab 1👣

1.6K 219 407
                                    

Back to school

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Back to school


"Yoonji satu ke Hansung dua.Yoonji satu ke Hansung dua.Sila berikan laporan semasa."arahku di walkie talkie sambil meneran.

"Hansung satu ke Yoonji dua.Hansung satu ke Yoonji dua.Hansung akan mula melaporkan.Keadaan semasa ialah kereta yang dinaiki oleh si dia berada dalam jarak 100 meter dari pintu pagar sekolah.Si dia akan memasuki kawasan sekolah dalam masa 10 saat dari sekarang.Laporan ta-"

Tidak sempat Hansung menutup laporannya secara rasmi,aku yang sedang berada di dalam tandas terkocoh-kocoh keluar setelah menyelesaikan hajat besar.


Aku punya kalut nak pergi sambut crush tercinta sampai terlupa nak flush mangkuk jamban.Hekhek nasiblah siapa yang guna tandas ni selepas aku.


Wahai crush tercinta pujaan hati adinda Yoonji,tunggu adinda datang sambut kakanda crush tau.



👣


Sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu sekolah,kebetulan kereta yang dinaiki oleh crush aku juga berhenti tepat di hadapan pintu sekolah.

Eh macam jodoh pulak aku dengan crush aku ye.

Seorang pemandu segak bersut hitam keluar daripada kereta Limousin berwarna hitam kilat.Pemandu itu membuka pintu kereta bahagian penumpang.

Setelah pintu dibuka,maka saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba.

Seorang jejaka tinggi lampai berbahu lebar,bermuka kacak bak bidadara turun dari kayangan,berotot enam ketul di perutnya dan berdada bidang sedang melangkah keluar daripada perut kereta.

Seorang jejaka tinggi lampai berbahu lebar,bermuka kacak bak bidadara turun dari kayangan,berotot enam ketul di perutnya dan berdada bidang sedang melangkah keluar daripada perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now