STAY |I Ep.4

156 38 0
                                    

Miera meletakkan beg pakaian nya di atas katil. Dia memandang sekeliling bilik itu."wah ! Tak sangka aku dapat duduk dekat rumah orang kaya "mengomelnya sendirian.

Dia menyelak langsir.dia menatap kosong bulan di langit.

"Hermm.. Bosan juga duduk rumah besar ni.. Tak ada apa-apa yang menyeronokkan di sini "merungut miera, sememangnya dia tengah dalam mood bosan. Tak tahu nak buat apa..

Dia berfikir sejenak.. "Apa patut aku buat eh? "Dia mengusap dagunya.

Matanya tertumpu pada buku yang tersusun kemas di atas rak. Dia tersenyum nipis.

•••••••••

Keesokkan harinya..

Miera tersedar daripada tidurnya, dia meregangkan badannya sebelum bangun. Jam yang berada pada dinding di pandang sekilas.

"Herhh.. Awal betul aku bangun "mengomelnya dia mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Manakala situasi yunho pula..

Yunho memakai hoodie berwarna hitam.. Tidak lupa juga dengan penutup mulut hitam. Dia mengorak langkah keluar rumahnya.

Yunho memulakan senaman ringkas sebelum berjogging. Itulah tabiat dia setiap pagi, selalu keluar berjogging.

Selepas selesai membersihkan dirinya, miera mengatur langkah menuruni anak tangga..

Bila tiba di tingkat bawah, tiada bayangan sesiapa pun disitu. "Herhh, mana orang lain? Takkan aku dan dia je yang tinggal? "

Miera membuka peti ais seperti dia berada di rumah sendiri. Buka sahaja peti ais, dia tercengang.

"S.. Sayur? "

Di dalam peti ais itu terdapat sayuran sahaja. Dan langsung tiada makanan yang dia mahukan.

"Apa ni.. Makanan arnab je dia ada.. Pikir aku ni haiwan ke nak makan sayur.. Herhh, jaga badan betul "katanya dalam keadaan merungut, dia menutup peti ais semula.

Krungg.. Krungg..

Dia memegang perut nya yang sudah berbunyi minta diisi.Dan lagi sekali, dia mengeluh berat. Apa patut dia makan sekarang ni..

Rumah ni langsung tak ada makanan yang sedap, nak diharapkan sayur.. Herhh, dia bukan jenis yang suka makan sayur..

"Haihh.. Kalau keluar tu buatlah sarapan ke?.. "Dia membebel dengan diri sendiri.

Tingg... Tonggg..

Loceng rumah berbunyi, miera menumpu ke arah pintu utama. Dia mula teragak-agak nak buka.

"Siapa pula yang datang? "Mengomelnya yang ingin tahu.

Dia mengatur langkah ke pintu utama.. Loceng dari tadi asyik berbunyi je..

Di luar rumah..

"Yah ! Asal lambat sangat dia buka pintu ni"merungut mingi, dia dari tadi menekan loceng rumah tak henti ii.

"Tidur mati kot dia tu "kata seonghwa yang juga merungut.

"Aku dah lapar ni.. Baik kau telefon dia.. "Cadang hongjoong selaku leaders mereka.

Seonghwa mendial nombor yunho.

Situasi yunho..

Dia berehat di sungai han.. Peluhnya yang menitis di lap dengan tuala kecil.. Dia meneguk rakus air meneral itu sehingga tinggal setengah.

【C】 STAY :: Live With Me |I 정윤호Where stories live. Discover now