👣Bab 13👣

529 99 51
                                    

World wide liar

"Yoonji!Yoonji!Bangunlah perempuan!"

Suara seseorang memanggil keras namaku diselangi dengan tamparan kuat di kedua-dua belah pipi membangunkan aku.

Kelopak mata aku buka perlahan.Wajah kacak Jin terpampang di hadapan muka aku sebaik sahaja aku membuka mata.

"Jin?Macam mana saya boleh ada dengan awak ni?Bukan ke tadi saya dalam sekolah?Awak culik saya lagi sekali eh?"ujarku separa terkejut.

Dahi aku ditunjal kuat oleh Jin.Hampir-hampir terjatuh aku ke tepi disebabkan tunjalan jari Jin itu.

"Kau ingat aku hadap sangat nak culik kau?Aku suruh kau pujuk hantu Salokar kau pergi pengsan.Lain yang aku suruh lain yang kau buat.Haih,author ff ni pun satu.Asyik pengsankan kau memanjang.Tak faham aku."bebel Jin sambil bercekak pinggang.

Baru aku perasan aku pengsan rupanya tadi.Tapi aku macam pernah bau aroma bunga hutan yang buat aku pengsan tu.

"Aku nampak sebelum kau pengsan kau bercakap dengan hantu Salokar.Mesti dia ada beritahu kau tentang pembunuh dia.Cepat beritahu aku siapa yang bunuh dia."

Belum sempat aku mahu membuka mulut,Jin sudah mengacukan pistol tepat ke kepala aku.Memang semua mafia suka main ugut-ugut orang pakai pistol eh.

"Encik Seokjin,awak faham erti sabar tak?Amboi,tak menyempat aku nak cakap terus kau acu pistol.Sekali kaki aku melekat kat muka kau baru kau kenal siapa Yoonji kut."

Aku memarahi Jin tanpa sedar kerana perangainya yang suka mendesak.

Sekarang aku menyesal aku termarah Jin.Bila-bila masa je dia boleh tembak aku.Aduh,bodohnya Yoonji bercakap tak tengok kiri kanan.

"Kau kata apa tadi?Ah,lantaklah kau kata nak apa pun.Aku tak kisah.Baik kau beritahu aku cepat siapa pembunuh adik aku sebelum aku hilang sabar."desak Jin lagi lalu dia menarik picu pistol.

"Okay,okay saya beritahu.Salokar ada beritahu saya pembunuh yang bunuh dia pakai mask hitam yang bertulis perkataan J-"

Bicara aku dicelah dengan bunyi ketukan tingkap kereta yang bertalu-talu dari luar.

Tok!Tok!Tok!

"Buka tingkap!Aku tahu kau ada di dalam dengan Yoonji!Woi Jin buka tingkap ni aku cakap!Buka!"pekik suara lelaki di luar tingkap diselangi dengan bunyi ketukan tingkap.

Tingkap kereta diturunkan oleh Jin sambil tangannya yang lagi satu mengacu pistol ke arah tingkap yang sedang dibuka.

"Senior Jimin?"kata Jin dengan nada terkejut.

"Bapak?"ujar aku yang hairan melihat bapak aku yang berada di luar tingkap.

"Junior Seokjin?Yoonji?"getus bapak  sambil memandang aku dan Jin.

👣


Jin Pov

"Selamat datang ke ElMariachi Night Club milik saya.Senior Jimin nak makan nak minum apa senior pesan je.Malam ni saya belanja."pelawaku kepada senior Jimin yang sedang melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan denganku.

Senior Jimin tersenyum nipis memandang aku.Dia kemudiannya mengeluarkan sepuntung rokok lalu api dinyalakan pada rokok itu.

"Wow,hebat eh kau sekarang.Baru 3 tahun lepas kau berhenti jadi tentera laut.Sekarang kau dah ada kelab malam sendiri.Kalau kau ada kelab malam sendiri,kenapa kau jadi pelajar sekolah lagi sekali?"

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now