19 • SPM trial exam II

4.8K 582 49
                                    

— Maths —





          Keesokan harinya, peperiksaan berlangsung seperti biasa. Sementara menunggu masa untuk beratur mengikut kelas masing-masing, Ain mengulang kaji pelajaran bersama Farah dan Izz. Dalam hati, dia nak sangat tanya kenapa Izz macam dah berubah sejak kebelakangan ni tapi dia tak mahu merosakkan mood lelaki itu pula. Yelah, sekarang ni minggu peperiksaan kan? Percubaan SPM lagi. Jadi Ain cuma menyimpan persoalannya dalam hati, membiarkan diri sendiri tertanya-tanya.

          Gadis tersebut memandang Izz yang sedang menjelaskan sesuatu kepada Farah. Mereka kelihatan mesra seperti selalu. Tapi entah kenapa perasaan cemburu muncul di hatinya. Macam tak biasa pula Izz dengan Farah bermesra. Dia tahulah hubungan mereka berdua cumalah kawan tapi entahlah... tak suka pula dia melihat mereka berdua begitu akrab.

          Izz pula lagak macam tiada apa yang berlaku beberapa hari lepas. Dia melayan Ain dan Farah seperti biasa. Mesra seperti selalu. Ain cuba menarik perhatian Izz agar berhenti mengajar Farah.

          "Izz, boleh tak you suggestkan idioms yang I boleh guna masa buat essay nanti? Please..." kata Ain dengan suara merayu.

          Izz memang fasih berbahasa Inggeris. Dia sentiasa mendapat gred A+ untuk subjek Bahasa Inggeris. Ain berjaya mendapat markah tinggi untuk subjek tersebut pun disebabkan Izz.

          "Kejap ya? I tengah ajar Farah ni. Tunggu jap." Balas Izz. Senyuman nipis diukirkan terhadap Ain lalu matanya kembali tertumpu pada Farah.

          Ain mengeluh perlahan.


          Dia lebih utamakan Farah berbanding aku? Why tho? Just why??









          Kringggg!

          Loceng sekolah berbunyi menandakan semua pelajar perlu beratur mengikut kelas masing-masing. Ain melepaskan keluhan buat kali kedua. Dari tadi Izz sibuk mengajar Farah sampaikan terlupa bahawa Ain meminta tolong dia.

          Barang-barang dikemas oleh Ain dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya lalu dia menggalas beg tersebut. Wanita itu pun berlalu pergi, meninggalkan Izz dan Farah berdua di meja itu. Merajuk dia.



          Girlfriend sendiri mintak tolong, tak tolong pun! Si Farah tu juga dia lebih pentingkan. Ish, memang ada yang tak kena ni.

          Marah Ain dalam hati. Dia sangat tak puas hati dengan layanan Izz yang berbeza kali ni.

          Izz dan Farah pula seperti tidak sedar bahawa gadis itu sudah beredar dari situ. Mereka mula mengemas peralatan masing-masing.

          "Sorry, Sara. I tak sempat nak-" ayat Izz terhenti apabila dia menoleh ke sebelah kanannya dan mendapati teman wanitanya sudah tiada.

          "Eik? Dia tinggalkan kita ke?" Soal Farah bila dia turut perasan bahawa kawan baiknya sudah menghilangkan diri.

          "Dia merajuklah tu sebab I tak ajar dia."

          Lengan Izz terus dipukul oleh Farah. Tersentak lelaki itu dibuatnya.

MathsWhere stories live. Discover now