three.

225 34 7
                                    

ending story | three

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ending story | three

3rd Jan 2020; tarikh di mana engkau dimarah teruk oleh seseorang.

Hari ini, kau mendapat tahu bahawa aku jatuh sakit. Macam mana kau tahu, itu semua aku tidak kisah.

Satu keluhan aku lepaskan sebelum bangkit daripada pembaringan. Belakang badan disandar pada kepala katil. Pada waktu itu juga ibu masuk membawa sedulang bubur bersama ubat-ubatan dan air suam.

Sama seperti hari-hari sebelumnya.

Jujur aku rindu mahu menjamu ayam goreng di gerai tepi kolej kita.

Bersama kau...

"Sayang ibu, makan sikit okey?"

Aku hanya mengangguk kecil. Langsung tidak berdaya mahu bersuara mahupun mengukir senyuman kecil.

Ibu melabuhkan punggung pada birai katil. Mangkuk bubur di atas dulang yang terletak pada pehanya dipegang. Bubur itu digaul, dikaut sesudu lalu ditiup lembut sebelum menyuap aku.

Jeda.

Tidak lama itu ibu bertindak memecahkan kesunyian di antara kami. Tutur kata ibu membuatkan aku tercengang.

"Hari ini dia datang minta izin ibu untuk jaga kamu."

Aku hanya mendiamkan diri, tidak tahu mahu membalas bagaimana.

"Dia datang bawa bubur ayam kesukaan kamu."

Mesti kau masakkan? Kau kan pandai masak.

Aku hargai kehadiran kau, tetapi jangan sangka aku sudah maafkan kesilapan kau.

Aku tersentak saat mendengar suara garau seseorang jelas sekali menembusi masuk  dalam bilik aku. Penuh dengan nada kemarahan dan kasar sekali bahasa yang digunakan.

Ketika itu baru aku sedar bahawa engkau sudah dihalau oleh si dia. Aku bangun dari katil dengan segera menuju ke arah jendela. Langsir berwarna putih diselak luas. 

Suram sekali riak wajahmu. Maafkan dia bagi pihak aku, sayang.

"aku tidak marahkan dia kerana menghalau aku. Malah, aku lebih menghargai. 
Kerana itu mampu menguatkan lagi rasa sayang aku terhadap kau"

"Terima kasih."

...

❛✓❜ ending story: the diary | 김태형Where stories live. Discover now