eight.

147 26 12
                                    

ending story | eight

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ending story | eight

15th Feb 2020; Terima kasih, buah hati kesayanganku!

Hari ini, kerja aku asyik tidur dan tidur sahaja.

Aku penatlah bazirkan bertan-tan air mata semata-mata kerana perbuatan bodoh kau. Entah mengapa aku tidak mampu mengawal emosi aku. 

Aku mahu berhenti menangis. Aku mahu jadi kuat. Tetapi, air mata aku seolah-olah tiada penghujungnya. Sudah serupa air terjun tahu tak.

Petang itu, sedar sahaja dari lenaku, mata aku tepat menyapa sebuah kotak kecil berwarna merah jambu bersama sekeping kad yang terselit pada reben kotak tersebut. Ianya elok terletak pada luar tingkap kamarku.

Benda itu amat sekali menarik perhatian aku. Saat itu, aku dapat rasakan hadiah tersebut daripada kau. Kau pengirimnya, kan?

Aku gapai kotak tersebut. Kad yang berada di atasnya aku buka terlebih dahulu. Seperti yang aku sangkakan, ianya daripada engkau.

Makanlah kek ini. Saya buat khas untuk awak, sayang. Ini kan, kek kegemaran awak? Semoga hari-hari awak berlalu dengan indah selepas ini dan tidak lagi seperti sebelum ini. Be happy, sayang. I wanna see your smile again :)

from, your lion.

Sejurus membaca kad tersebut, aku terus membawa kad itu ke dalam dakapan. Air mata aku sekali lagi mengalir laju seperti khidmat penghantaran pos laju.

Akan aku simpan kad ini buat selamanya, sayang. Terima kasih!

"untuk kau, aku mampu buat apa sahaja."

"kau kan kesayangan aku"

...

❛✓❜ ending story: the diary | 김태형Where stories live. Discover now