20 • SPM trial exam III

5K 702 117
                                    

— Maths —





          Malam hari ketiga peperiksaan, Ain mendapat mesej di aplikasi Instagram daripada seseorang yang menghantar beberapa imej kepadanya. Dia pun melihat mesej tersebut.





xoxocomel_.

Hai Kak Ain
Sorry kacau ^^
Saya ternampak Izz keluar dengan perempuan lain hari tu
Saya ada bukti
[ imej ]
[ imej ]
Saya tahu sekarang akak tengah exam but I think you should know about this





          Kening Ain terus bertaut melihat imej yang dihantar itu. Gambar Izz bersama seorang wanita bertudung bawal sedang berbual-bual di sebuah kafe. Muka wanita tersebut tak dapat dikenal pasti kerana dia memakai cermin mata hitam. Cuaca panas mungkin.










          Tapi...

          Ain seperti mengenali wanita dalam gambar itu. Bentuk mukanya. Cara pemakaiannya. Malah, ciri-ciri kecil yang terdapat pada wanita tersebut sama dengan seseorang yang dikenali Ain.






          Takkanlah dia?


          Jari Ain mula menaip ingin membalas mesej tersebut. Kalau tak balas nanti kena cop sombong pula kan?





Mana dapat gambar ni?

Saya nampak sendiri
Masa tu saya lepak dengan kawan
Tetiba ternampak pulak diorang berdua
Saya pun snap la senyap-senyap hee.. 😅

Okay, thanks
Nanti I bincang dengan dia pasal ni

You're welcome, kak 🤧💞
Kalau ada apa-apa, saya akan sentiasa jadi kaki report akak

Hahahah takyah susah-susahlah..

Ehh tak susah pun, kak
Saya ni fanz akak so kena selalu tolog akak :3
Tolong*

Okey adik hahaha
Akak off dulu k nak study

Orait
Study baik-baik kak
Byeee! 💕💘💗

Bye~ 💓





          "Gila budak ni. Sengajalah tu nak ajak aku chat dengan dia ugh." Ain berkata sendiri, menyampah.

          Tak pasal-pasal rosak mood dia selepas melihat gambar tadi. Fikirannya kusut memikirkan sama ada gambar tersebut adalah sebuah edit ataupun gambar betul.





          Takkan la Izz curang dengan aku kot? Ehh kitorang dah kenal bertahun-tahun tau. Dia takkan buat benda macam tu pada aku kan? Aku percayakan dia. Kitorang mula kawan pun sejak kecil. Ish, taklah. Dia takkan buat macam tu pada kau, Ain. Kau je yang overthink. Ni mesti edit ni. Biasalah... budak-budak.

          Ain meyakinkan diri lalu dia menggelengkan kepalanya laju.

          "Ergh... Ain, kau kena study, Ainnn! Besok ada exam agama. Dah dah, lupakan jelah pasal gambar tu. Edit je tuuu!"

MathsWhere stories live. Discover now