prologue

2.5K 187 110
                                    

"Bawa puteri itu kemari!" Perintah seseorang kepada hamba-hambanya.

"Menjunjung perintah!" Hamba-hamba tersebut mula bergegas masuk ke dalam istana diraja kerajaan Namkanda itu bagi mencari sang puteri.

"Tuan puteri!" Panggilan daripada dayang istana itu membuatkan tidur lena puetri tersebut terganggu. Puteri itu mula bangkit dari perbaringannya lalu dipandang dayang istana tersebut.

"Ada apa kamu panggil beta?" Soal Puteri Junghee kepada dayang istana tersebut. Dayang istana itu kelihatan agak gelabah seperti ada bencana yang akan berlaku kepada mereka.

"Tuan puteri kena lari sekarang! Ada penceroboh di dalam istana dan mereka sedang buru tuan puteri sekarang ni!"

Puteri Junghee terkejut dengan kata-kata dayang istananya itu.

"M-macam mana dengan ayahanda dan bonda?" Soal puteri itu lagi kepada dayang istananya itu.

"Mereka sudah dibunuh semasa dalam perjalanan pulang dari mencemar duli di perkampungan rakyat!"

Hampir gugur jantung puteri itu mendengarkan kata-kata dayang istana itu.

Ayahanda. Bonda.

"Tuan puteri! Tuan puteri kena cepat!" Dayang istana itu mula menggesa puteri tersebut lalu dengan pantas puteri itu bangkit dan terus mengikuti dayang istana itu keluar dari biliknya.

"Tuan puteri pergi dulu. Guna pintu belakang, pintu bahagian taman istana."

Puteri itu mengangguk faham lalu dengan pantas dia berlari dari situ, mengikut arahan si dayang istana.

"Argh!" Jeritan dayang istana itu dapat didengarinya namun dia masih meneruskan lariannya sehinggalah dia betul-betul tiba di pintu belakang istana di taman istana.

"Itu dia! Tangkap dia sekarang!" Puteri itu dengan gelabah terus membuka pintu tersebut lalu dia berlari dengan pabtas meninggalkan istana.

"Huh, huh, huh." Tersekat-sekat nafas puteri itu yang sedang berlari meninggalkan kawasan istana dirajanya bagi menyelamatkan dirinya itu.

Sedang dia berlari, dia tidak sedar bahawa dia tidak mampu membawa dirinya pergi dengan lebih jauh apabila dirinya hanya bertemu dengan jalan mati.

Namun, disebabkan terlalu takut dan sering memandang ke belakang bagi memastikan penceroboh-penceroboh itu tidak mengejarnya, puteri itu tidak perasan bahawa dia kini sudah terlepas jatuh ke dalam gaung.

"Argh!"

-

"Argh, sakitnya." Puteri Junghee, puteri yang tadinya sedang melarikan diri daripada istananya itu, mengerang kecil sebelum matanya dibuka perlahan bagi melihat sekelilingnya.

Pemandangan yang tidak biasa dilihat itu di mana dia menjumpai dirinya terdampar di tepi pantai, membuatkan Puteri Junghee bingung dengan keberadaan dirinya itu

"Kenapa, Hanna? Kenapa? Kenapa awak sanggup tinggalkan saya?" Suara seorang lelaki mula mengetuk gegendang telingan Puteri Junghee.

Kejap. Lelaki itu mahu membunuh dirikah?

Puteri Junghee mula bangkit dari duduknya di atas pasir pantai itu bersama erangan kecil kerana kakinya yang sakit. Mungkin kerana terlalu lama berlari tadi.

Dia mula berjalan mendekati persisiran pantai di mana dapat dia lihat seorang lelaki sedang berjalan semakin lama semakin masuk ke dalam air laut itu di dalam kegelapan malam.

"Hey, kamu! Beta titahkan dikau datang kemari!" Puteri Junghee mula memberi perintahnya kepada lelaki tersebut, berharap agar lelaki itu menjunjung perintahnya.

"Jangan ganggu akulah! Kau siapa nak acah macam golongan diraja ni?! Ni tahun 2020lah!"

Terpempan Puteri Junghee mendengar kata-kata lelaki itu.

Tahun 2020? Tetapi-

"Sebentar! Sebentar! Apa yang dikau katakan? Tahun 2020? Apa yang dikau merepek ini?! Sekarang baru tahun 1862!" Titah Puteri Junghee sekali lagi kepada lelaki itu.

"Ish! Kau ni kenapa?! Kau tu yang merepek! Sekarang tahun 2020lah! Yang payah sangat nak percaya tu dah kenapa?! Kacau je aku nak bunuh diri sebab putus cinta!" Jerit lelaki itu lagi bagi membalas titahan daripada Puteri Junghee.

Dia mula melangkah keluar kembali dari dalam air laut itu sebelum melangkah ke arah Puteri Junghee.

Puteri Junghee mula lemah lutut dan apa yang dia tahu, dia sudah rebah.

•••

Haih. Ff yang keempat untuk tahun ni. Ha, tertanya-tanya tak apa yang sebenarnya dah jadi? Nantikanlah cerita pelik ni😂

Btw, sorry kalau ada kesalahan dalam bahasa istana ke apa😂

And, I really hope this ff dapat support yang banyak daripada para readers saya sekalian. Uwuu. Sayang korang💜

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now