Chapter 12

2.2K 405 104
                                    

***********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***********

"Sebab aku suka.."

"Suka apa?"

Taehyung mengetap bibirnya sendiri kerana terlanjur bicara. Takkan dia nak confess dekat sini? Jatuhlah air muka yang mahal tu. Ragu ragu lelaki tu jadinya.

Disebabkan terlalu gugup dia meraih sebotol air mineral yang berada di atas meja lalu meneguknya.

Tetapi tanpa mereka berdua sedar, ada seorang gadis yang sedang laju meluru ke arah mereka. Riak wajahnya menarik perhatian orang ramai. Penuh bengis dan benci, seperti menahan sesuatu yang belum terletus.

Setibanya Hyora di hadapan Taehyung dan Yunjae, dia merampas botol air milik Taehyung yang terbuka tadi lalu disimbah ke wajah Yunjae yang masih terpegun melihatnya.

"OMO!"

"YAH!"

"DAEBAK!"

Reaksi orang ramai terhadap perbuatan kejam Hyora semakin meriuhkan lagi keadaan dalam library.

"Yah deo waegurae?!" tengking Taehyung yang langsung bangun seraya menolak bahu Hyora.

Dada Yunjae naik turun ketakutan. Dia tidak mampu untuk mendongak, jari jemarinya saling dilagakan. Bibirnya terketar kesejukan.

Hyora mengabaikan Taehyung lalu mendekati Yunjae yang masih statik di tempat duduknya.

"Disebabkan you, I tak dapat pergi Seungneung tahu tak?!"

Taehyung menghela keluhan, lelaki itu meraih bahu Hyora supaya beredar dari sini namun gadis liar itu masih berkeras.

"Ini semua salah you Yunjae!" jeritnya lagi sebelum bertindak semakin buas dengan menarik rambut Yunjae.

Keadaan keruh itu menyebabkan semua orang mula kabut dan bising. Taehyung sedaya upaya meleraikan pergelutan mereka berdua. Dalam diam tiada siapa yang tahu Yunjae sudahpun mengalirkan air mata jernihnya. Mungkin terlindung disebabkan air mineral yang menyapa.

Gadis mangsa itu tidak melawan namun hanya membekukan diri.

"YAH HYORA!" jerit Sowon dan Min Jung yang akhirnya tiba di tempat kejadian.

Hyora berhenti lalu menoleh ke belakang, riak wajahnya penuh sinis. Cepat cepat Taehyung menanggalkan blazer uniform miliknya lalu disarung pada tubuh Yunjae. Dia memeluk gadis yang kesejukan itu.

"Yah deo gwaenchana?" bisiknya hanya Yunjae dengar.

Gadis itu mengukir senyuman, "Eung.."

"Kau gila ke?! Kau tak dapat pergi Seungneung bukan salah Yunjae tapi sebab kau memang tak ada bakat!" tengking Sowon yang kepanasan.

"Entah! Kitaorang tak faham kenapa kau terdesak sangat nak pergi tapi memang kau tak layak langsung pergi Seungneung! Kau bukannya suka menari!" sambung Min Jung.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now