prologue.

4.4K 1.9K 964
                                    

Seoul Medical Center,Jungnang-gu, Seoul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoul Medical Center,
Jungnang-gu, Seoul

Seorang saintis berumur lewat 20-an berjalan dengan penuh tergesa merentasi koridor yang sunyi sepi. Keadaan yang gelap-gelita dengan hanya bertemankan cahaya rembulan di sepanjang koridor ketika ini langsung tidak menghalang dirinya daripada bergerak dengan kadar pantas.

Lagipun, dia sudah tahu selok-belok kawasan ini jadi dia tidak perlu bimbang.

Jam di tangan ditelek sekilas. Terluncur dengusan kasar dari celah bibirnya apabila menyedari bahawa dirinya sudah lewat 20 minit.

Bibirnya terkumat-kamit mengeluarkan kata-kata cacian pada diri sendiri yang begitu cuai. Bodoh, macam mana boleh terlambat?

Langkahnya diatur laju menuruni anak tangga, menuju ke bawah. Dia tidak mahu terlambat kerana ada mesyuarat penting yang perlu dihadirinya.

Jika dia tidak turut menyertai mesyuarat itu, habis segala yang dirancangkan selama ini musnah begitu sahaja. Uh, dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Kakinya berhenti melangkah apabila dirinya telah tiba ke destinasi yang dituju. Salivanya ditelan kelat apabila iris matanya tertumpu pada tulisan yang terukir pada pintu kayu itu.

Conference room.

Perlahan-lahan, lelaki itu menghela nafas. Cuba mengawal resah di dada. Jantungnya berdegup kencang akibat tergesa-gesa tadi ditambah pula dengan debaran yang menggila sekarang ini.

Titik-titik peluh yang membasahi dahi dikesat menggunakan belakang tangan. Kemudian, kot putih yang di pakainya dibetulkan sedikit bagi menampakkan kekemasan pada dirinya yang baru sahaja tergesa-gesa bagaikan dikejar hantu.

Setelah memastikan dirinya berada dalam keadaan yang sempurna, tombol pintu dipulas.

Apabila daun pintu dibuka luas, maka terpampanglah kesemua wajah yang mempamerkan pelbagai riak. Ada yang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati, ada yang tersenyum lembut malah ada juga yang melemparkan pandangan maut ke arahnya.

Saintis muda itu menelan perit air liurnya saat matanya bertembung dengan setiap manusia di dalam bilik itu. Terasa benar kerongkongnya berpasir.

Ketahuilah bahawa lelaki ini sedang berhadapan dengan manusia-manusia yang paling berkuasa di Seoul malah di seluruh Korea Selatan.

"Sorry, I'm late." gugup saintis muda itu bersuara. Perlahan-lahan, tangannya menutup daun pintu.

"It's okay. Kamu boleh duduk, Jax."

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now