s e m b i l a n

776 135 32
                                    

Dah fikir teori ke geng?😏

Btw, kat media tu BGM chapter ni. Kalau nak macam lebih feeling ii gituwww, ha bukalah. Kalau tak nak takpa. Tak menjejaskan teori yang bakal menerpa minda anda pun. Grr

Apapun, enjoy tau baca chapter ni. Hehe😉

•••

Jungkook mula menukar pakaiannya kepada pakaian yang terdapat di dalam almari bilik di rumah lelaki tua yang mengau dirinya sebagai ayah kepada Jungkook.

Berkain sutera berwarna biru gelap juga topi di kepala yang sering dia lihat manusia-manusia di zaman Dinasti Joseon ini memakainya.

Setelah merasa selesa akan pakaian yang dipilih dan disarungkan, dia mula melangkah keluar. Kasut disarungkan pada kaki lalu dia mula melangkah keluar dari rumah yang dipanggil Hanok House itu.

Jungkook menendang batu-batuan di tanah sambil menunggu ketibaan Puteri Junghee bersama cahaya lampu pelita yang dibawanya dari rumah.

Bunyi pintu istana dibuka mbuatkan pandangan Jungkook terus diangkat lalu dari jauh, dapat dia lihat Puteri Junghee berjalan keluar melalui pintu tersebut.

Kejap. Kenapa aku nampak dia macam lawa kalau pakai baju golongan diraja macam tu?

.

.

.

Jeon Jungkook! Kau kenapa?!

"Cepat. Kita sudah tidak mempunyai masa yang banyak. Mari berangkat sekarang." Ujar Puteri Junghee sebelum mula mengorak langkah dan diikuti oleh Jungkook.

"Kau tahu ke ayahanda dengan bonda kau pergi perkampungan mana?" Soal Jungkook lalu langkah Puteri Junghee terhenti.

"Alamak. Beta lupa mahu bertanya kepada ayahanda semasa bersantap tengah hari tadi." Puteri Junghee berkata dan Jungkook menepuk dahinya.

"Lepas tu kau berhasrat nak tangkap dalang yang membunuh ayahanda dan bonda kau? Alahai kau ni." Jungkook berkata sebelum pinggangnya dicekakkan sambil sebelah tangan dibawa ke keplaanya bagi mengurut kepalanya perlahan.

Puteri Junghee hanya diam seribu bahasa. Buntu macam mana dia mahu meneruskan hasratnya untuk mengelakkan kejadian itu berulang kembali.

"Tak. Sekarang ni. Takkan takda sesiapa dalam istana yang tahu ayahanda dengan bonda kau pergi perkampungan mana?" Soal Jungkook, cuba mencari cara.

"Ye tak ye juga, kan? Kejap. Beta masuk istana kembali dan bertanya kepada dayang istana Moon." Ujar Puteri Junghee lalu dengan pantas dia berlari anak masuk ke dalam istana semula.

Jungkook hanya mengeluh sebelum mengukirkan senyuman. Comel pula dia tengok sang puteri gelabah sebegitu.

"Cepat. Nanti kita terlepas." Jungkook mula terdengar suara seseorang dari satu sumber yang tidak dia ketahui.

Dia terus memanang ke atas lalu tepat pada masanya dia mengangkat kepalanya, dia ternampak beberapa manusia berpakaian serba hitam melompat dari bumbung satu rumah ke rumah yang lain.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now