W : 1

2.6K 284 18
                                    









Aku mengatur langkah ke bilik. Tombol pintu dipulas lalu pintu segera dibuka olehku. Susuk tubuh kecil Yeoreum membuatkan aku tersenyum nakal.

Langkah perlahan lahan aku mendekati, Yeoreum. Pinggangnya aku rangkul erat. Lehernya aku cium sekilas.

"Apa ni Jungkook ? Ish, lepaslah." Dia meronta ronta. Aku langsung tidak hiraukannya. Tenaga wanita tak setanding lelaki jadi dia mula kaku dan hanya diam. Biarkan aku melepaskan rindu ke atasnya.

"Mana kau yang dulu, sayang ?" Soalan aku dibiarkan tanpa jawapan. Aku melepaskan keluhan berat. Badannya aku pusingkan menghadap aku. Dia kekal menunduk, seperti tadi.

Tapi kenapa ?

Esak tangisnya mula kedengaran ditelingaku. Aku memaksa dia untuk mendongak. Betul sangkaan aku, dia menangis teresak esak.

Baru sahaja jari aku mahu bergerak mengesat air matanya, tanganku ditepis kuat.

"Jauhkan diri. S––saya benci. Saya nak tido bilik tamu." Bahuku dirempuh olehnya. Aku hanya kekal mendiamkan diri. Mungkin dia stress ataupun penat.

Ya, itu yang aku fikirkan.

[√] Who Are You | 정국Where stories live. Discover now