d u a b e l a s

752 118 43
                                    

BGM kat atas tu memainkan peranan ye, geng. Enjoy😉

•••

"T-tuan Jungkook?" Teguran lelaki itu membuatkan Jungkook terus mengangkat pandangannya lalu dipandang lama ke arah lelaki tidak dikenali itu.

Ada lagi yang kenal aku rupanya? Jadi, memang aku wujudlah dekat tahun 1862 ni?

"Ini, Hwang Tae lah! Tuan Jungkook sudah lupakah? Wah, dah lama saya tidak nampak Tuan Jungkook berjalan-jalan seperti ini. Apakah ayah Tuan Jungkook sudah memberi kebenaran untuk Tuan Jungkook keluar begini?"

Soalnya membuatkan kerutan di dahi Jungkook lebih jelas kelihatan. Dia berdehem kecil sebelum mula mengukir senyuman ke arah lelaki itu.

"Ah, ya. Ingat, ingat. Maaflah. Dah lama tak keluar. Ayah? Ha, yelah tu. Dia dah bagi saya keluar." Jungkook hanya mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.

"Tuan Jungkook. Nanti kita bersembang lagi ya? Saya ada hal nak kena buat. Hal biasalah macam selalu. Danko Corps. Hehe. Selamat jalan, Tuan Jungkook!" Lelaki itu berbisik di saat dia menyebit perkataan Danko Corps itu sebelum dia berjalan meninggalkan Jungkook usai menundukkan tubuhnya tanda hormat.

Jungkook ditinggalkan terkebil-kebil. Dia mula melangkah perlahan-lahan di kawasan pasar itu dengan mindanya yang mula mmeikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.

Memang semua orang kat sini tahu ke aku selalu kena sekat untuk keluar dari rumah?

Jungkook menggeleng kecil sebelum dia berjalan menuju ke arah satu gerai menjual makanan untuk membeli makanan buatnya dan Puteri Junghee.

-

"Malam ni. Kau jangan duduk dekat rumah aku." Kata-kata Jungkook membuatkan Puteri Junghee terus memandang Jungkook yang sedang mengikat topeng muka berwarna hitamnya bagi menutupi wajahnya.

"Eh, kenapa pula? Beta mahu duduk di mana pula kalau bukan di sini?" Soal Puteri Junghee bingung.

"Ini rumah keluarga Jeon, Junghee. Makin kau dekat dengan musuh, makin bahaya." Balas Jungkook lalu dipandang Puteri Junghee yang sedang bersila di atas lantai itu.

"Ayahanda pernah berkata pada beta. Biarkan kawan kita dekat dengan kita tetapi biarkan musuh kita lebih dekat dengan kita berbanding kawan." Ujar Puteri Junghee.

"Aish. Tolonglah dengar cakap aku, Junghee. Ini untuk keselamatan kau. Aku dah jumpa satu rumah tumpangan berdekatan sini. Dengar cakap aku. Okay?" Nasihat Jungkook lalu Puteri Jungher mengeluh perlahan.

Jungkook mengukirkan senyuman lega melihat Puteri Junghee kini sudah bangun berdiri, bersedia untuk mengikutinya ke rumah tumpangan sebelum dia bergerak ke istana untuk membongkarkan rahsia pembunuhan raja dan pemaisuri.

Tapi, satu perkara pelik masih menganggu mindanya.

Kenapa tiada sesiapa yang menghebohkan tentang kes pembunuhan raja dan pemaisuri? Malah, keadaan di sekeliling bagaikan terlalu tenang.

-

Jungkook kini sedang duduk bersembunyi di sebelah bumbung tembok yang memisahkan tanah perkampungan rakyat dan tanah kawasan istana.

Matanya sibuk sahaja meliar ke setiap sudut di dalam istana itu, memerhati setiap gerak geri manusia yang dapat dia teka bahawa mereka bukanlah penghuni istana malah bukanlah ahli-ahli pentadbiran rasmi istana berdasarkan cara pemakaian juga adab dan kelakuan mereka di dalam istana.

Berpakaian serba hitam termasuk topeng muka dan penutup kepala yang juga berwarna hitam pekat menyukarkan manusia lain untuk mengesan kehadirannya.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now