s e m b i l a n b e l a s

690 114 38
                                    

Okay geng. Part ni sila baca dengan teliti dan fahmkan sebab part ni banyak penerangan yang menerangkan hampir kesemua benda dan rahsia tentang anak Jeon. Hehe. Enjoy😉

•••

"Kami tahu yang Tuan Jungkook sebenarnya datang dari masa hadapan. Dan, kami juga sedia maklum bahawa tuan puteri pernah menjejakkan kaki ke masa hadapan dan bertemu Tuan Jungkook di sana."

Terpempan Puteri Junghee mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Hwang Tae itu.

Dayang istana Kim pula mula mengalihkan pandangan ke arah Puteri Junghee memandangkan dia tidak tahu apa-apa tentang perkara itu.

"A-apa maksud kamu bahawa kamu mengetahui perkara tersebut? Adakah ini satu bentuk gurauan?"

"Kami tak bergurau, tuan puteri. Biar kami cerita satu per satu macam mana kamu berlima boleh tahu tentang perkara tu."

-

23 tahun dahulu

Seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan dengan berkongsi tarikh lahir yang sama.

"Apakah masa hadapan yang akan anak perempuan kami kecapi?" Soal raja Kim Namjoon kepada seorang dukung yang ditugaskan melihat masa hadapan anak perempuannya bersama pemaisuri Yoo Haesung.

Klek. Klek. Klek.

Bunyi alat yang digunakan untuk si dukun melakukan upacaranya berbunyi, mengisi ruangan kosonh di dalam bilik tempat sang puteri dilahirkan.

"Tanda lahir...tarikh lahir yang sama...erm."

Mata yang dipejamkan dibuka semula lalu dukun itu mula berbicara tentang apa yang dilihatkan ketika upacara dijalankan.

"Dia akan dijodohkan dengan seorang lelaki yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya iaitu 1 September 1839."

Penerangan dukun itu didengar dengan teliti oleh sang raja dan pemaisuri.

"Ini. Ambil ini dan pakaikan buat puteri tuanku." Dukun itu menghulurkan seutas rantai kepada raja lalu tanpa berlengah, raja itu mengambil rantaibitu dan ditiliknya dengan dahi yajg berkerut.

"Rantai itu akan membantu tuanku mencari lelaki yang dijodohkan bersama puteri tuanku ini. Lengan kanannya telah terpahat dengan sebuah gabda lahir yang sama seperti buah rantai yang diberikan oleh patik."

Terang dukun itu lagi kepada sang raja. Raja itu memandang kembali ke arah rantai yang berada di tapak tangannya sebelum wajah puterinya dipandang.

"Apa maksud dengan buah rantai ini? Adakah ia memberi kebaikan buat puteri kami?" Soal raja itu kepada dukun tersebut.

Klek. Klek. Klek.

Sekali lagi, dukun itu memainkan alat upcaranya dengan mata yang tertutup rapat. Lama dia berdiam diri sebelum matanya dibuka luas secara mengejut.

"Kelahiran tanpa kematian. Itulah maksud kepada lbang buah rantai tersebut. Lambang yang menunjukkan satu keistimewaan kepada pemilik tanda tersebut di tubuhnya di mana pemilik tanda itu bakal hidup sampai bila-bila tanpa perlu menghadapi kematian."

"A-apakah maksud dikau? Wujudkah manusia yang mempunyai kuasa sebegitu?" Soal raja itu pelik.

Ko biar betik?

"Wujud. Hanya seorang sahaja di muka bumi ini yang mempunyai keistimewaan sebegini. Hmph-"

Mata sang dukun mula terpejam kembali apabila dia seperti mendapat satu aura negatif yang dia tidak dapat kesan dari manakah ia datang.

|√| Blind Fate - JJKWhere stories live. Discover now