Chapter 20

2.4K 412 165
                                    


***********

Tinggal lagi beberapa minggu sebelum ke Seungneung. Kecut perut dah mula terasa. Termasuk ahli tidak rasmi Dream Club iaitu Hyora. Walaupun gadis ais itu sejujurnya tidak rela namun semakin lama dia dapat adaptasi dan mula berlatih sendirian di rumah selain bersama ahli yang lain. Ini semua demi memuaskan hati emaknya, Madam Lee termasuk dirinya sendiri untuk berpeluang ke Stanford seperti yang diharapkan.

Sementara Yunjae dan yang lain turut merasakan hal yang sama. Serentak dengan pertandingan Seungneung, mereka turut berkerja keras dalam pelajaran. Memandangkan tarikh peperiksaan terakhir turut hampir tiba.

Kadang kala mereka luangkan masa bersama untuk ulangkaji selepas latihan. Sudah tentu diajar oleh Hyora si cerdik.

Contohnya seperti sekarang.

"Sowon, I dah ulang sepuluh kali. Tak kan tak boleh hafal?" omel Hyora kesal. Dia memadam jawapan Sowon kemudian menggantikannya dengan jawapan yang betul. Gadis itu cuma tersengih malu. Min Jung dengan Yunjae pulak laju padam jawapan dorang yang sama dengan Sowon sebelum Hyora perasan.

"Em guys, korang rasa kita boleh menang tak nanti?" tanya Min Jung tiba tiba.

"Kita buat je yang terbaik. Confirm boleh menang. Percaya." kata Yunjae si leader yang yakin.

Hyora terdiam sejenak, lama dia mencari masa yang sesuai untuk bercakap tentang apa yang dia pendam, "Gomawo."

"Hm?"

"Sebab still sudi join, even you guys know apa motif I nak masuk pertandingan ni." sambung gadis itu perlahan. Sowon memeluk bahunya merapat ke arah kami bertiga.

"Yah, kitaorang masuk bukan sebab tolong kau pun. Kitaorang memang dah lama ada impian nak pergi sana. Tapi since kau pun banyak tolong kitaorang, apa salahnya kitaorang pun tolong kau. Fair and lovely." jawab Min Jung.

Yunjae tersengih kerang, "Maja. Kita sama sama hwaiting hokeh?!"

"Eung! Dream Club hwaiting!" mereka bersorak, Hyora turut tertawa. Susah nak nampak si puteri ais ni senyum tapi hari ni dia tampak lebih manis apabila begitu.

"Nak pergi toilet kejap." Yunjae mempamitkan diri lalu masuk ke dalam bangunan sekolah meninggalkan mereka di pondok bacaan.

"Esok kamu dah boleh start. Balik hati hati ya?"

Dalam perjalanan di koridor dia terlihat Mina saem bersama dengan seorang gadis aneh. Berambut hitam panjang lurus, wajahnya turut menyeramkan, langsung tiada senyuman. Gaya yang jarang dilihat. Pakaian dia pun berbeza.

"Eoh annyeonghaseyo Mina-saem."

"Eoh Yunjae-ah. Kamu tak balik lagi?"

Yunjae mengangguk, "Eung! Lepas latihan saya study group sekejap. Acacah je hehe, saem pon tak balik lagi?"

"Nae, saem uruskan pelajar baru. Ha kamu berkenalan lah sebab dia akan masuk kelas kamu esok. Bagus juga kamu dekat sini. Ha nama dia Asumi Kei," ujar Mina saem ramah.

Mereka berdua saling menunduk sedikit tanda perkenalan. Yunjae masih terpegun dengan nama dan wajahnya yang pakej, sangat cantik.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now