👣Bab 26👣

441 84 51
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Daddy Jungkook

Satu bulan kemudian

"Saya tahulah saya dah setuju nak join pakatan awak tapi perlu ke kita buat benda ni kat sini?Tak ada tempat lain yang lebih selesa ke untuk buat benda ni?"soalku sambil menutup hidung dengan tangan.

Jin tidak mempedulikan soalan aku.Dia mula menanggalkan blazer sekolah diikuti dengan tali leher.

"Shh!Diam.Jangan buat bising.Nanti orang tahu kita ada kat sini.Tak pasal-pasal aku kena tangkap basah dengan kau pulak nan-"

Tok!Tok!

Bunyi ketukan pintu daripada luar mengejutkan kami berdua.

"Saya Jeon Jungkook daripada kelab pencegah maksiat sekolah.Pemaksiat-pemaksiat di dalam,sila buka pintu ini sebelum saya pecahkan."

Itu macam suara Jungkook kat luar.Sejak bila pula Jungkook masuk kelab pencegah maksiat?

"Woi,Jungkook!Akulah kat dalam ni."ujarku membuatkan Jin menjelingku tajam.

"Yoonji!Kau buat projek dengan siapa dalam tandas lelaki ni hah?!Mari sini kau!"jerit Jungkook lalu bunyi kuat mula kedengaran.

Bukk!

Pintu tandas lelaki terlerai daripada engsel dek tendangan padu daripada Jungkook.

"Yoonji!Jin!Apa korang berdua buat dalam tandas lelaki lama berdua-duaan ni?Kalau ye pun nak buat maksiat,tak payahlah buat dalam tandas.Tak malu ke hantu setan dalam tandas ni usha korang tengah buat maksiat?"

Jungkook mula membebel kerana menyangka aku dan Jin buat maksiat.

Aku tutup telinga dengan kasut sebab tak nak dengar bebelan Jungkook.

Jin pula sedang mengangkat kasut untuk memukul mulut Jungkook.

"Siapa pulak yang buat maksiat dalam tandas ni,bodoh?Lain kali,kalau tak tahu jangan suka menuduh.Aku ajak Yoonji masuk tandas lelaki ni sebab kami nak tengok video di dark web."

Dengar sahaja pasal dark web,Jungkook terus menolak aku ke tepi sehingga aku jatuh tergolek ke lantai.Dia pulak yang duduk di sebelah Jin.

"Video dark web?Video apa?Aku nak tengok juga.Cepatlah buka!Cepatlah!"ujar Jungkook yang teruja.

"Tepilah kau!Mengacau je aku dengan Jin nak tengok video dark web."tuturku sedikit marah sambil cuba mengambil tempat di sebelah Jin.

Jin tidak menghiraukan perlakuan kanak-kanak kami berdua.Dia sibuk menekan-nekan sesuatu di komputer ribanya.

"V baru upload satu video di akaun red room dia.Jom kita tengok video baru dia."

[C]Crush Minta Kaki | KSJWhere stories live. Discover now