02

2.7K 1.8K 342
                                    

Mendengarkan soalan Jimin yang sengaja buat-buat tidak mengerti itu, Kim Taehyung automatik tergelak besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mendengarkan soalan Jimin yang sengaja buat-buat tidak mengerti itu, Kim Taehyung automatik tergelak besar. Sinis sekali helaian tawanya. Kepalanya kemudian digeleng perlahan.

Chopstick kayu yang berada di celah jarinya dibawa ke hujung bibir sebelum digigit. Wajah Jimin yang gusar itu direnungnya lama.

Huh, rakannya ini sememangnya tidak pandai berlakon. Agak-agaklah nak berlakon dengan muka gabra macam itu? Langsung tidak pandai menipu!

"Come on, Jimin. Aku tahu, kau faham apa yang aku maksudkan." dalam diam, Taehyung cuba mendesak rakannya untuk membuka mulut, bercerita mengenai perihal yang dimaksudkannya.

Sampai bila Jimin mahu sorokkan perkara itu daripada dia? Kononnya sahabat. Tiada rahsia sesama sendiri. Tetapi lihatlah sekarang, Jimin sendiri yang berahsia. Ceh!

Namun kebisuan yang melanda Jimin ketika ini seakan-akan jawapan kepada soalannya tadi.

Taehyung merengus nafasnya kasar. Kepalanya dipalingkan ke sisi sebelum iris matanya kembali memandang Jimin. Lelaki itu kekal merenung mangkuknya yang hampir licin, masih enggan untuk bersuara.

Taehyung tidak berpuas hati selagi tidak mendengar kata-kata dari mulut rakannya itu. Apalah yang dia takutkan sangat sehingga mahu sorokkan perkara itu daripada sahabatnnya sendiri?

"Jimin, kau tak payahlah nak takut sangat. Aku pun akan sertai eksperimen tu nanti."

Seperti yang dijangka, wajah Jimin terus berubah mempamerkan riak tidak percaya. Taehyung mengangguk bagi menjawab segala pertanyaan di benak fikiran sahabatnya itu.

"M-macam mana?" gugup Jimin menyoal. Dia tidak menyangka yang sahabatnya boleh terlibat sama dalam hal ini.

Taehyung meneguk air mineral bagi membasahkan tekaknya sebelum bersuara.

"Pagi tadi, warden datang ke bilik aku. Dia tanya sama ada aku bersetuju ataupun tak dengan tawaran tu. Kau pun tahukan tawaran apa yang aku maksudkan?"

Teragak-agak, Jimin mengangguk. Ya, dia tahu. Tawaran untuk dijadikan bahan uji kaji oleh pihak atasan. Kononnya untuk mengkaji kesan tidak tidur kepada manusia.

Jika difikirkan semula, rancangan ini sungguh mengarut. Macamlah tiada strategi lain yang boleh dilakukan? Huh, ternyata orang-orang di Korea Selatan ini bodoh-bodoh belaka.

"Kenapa mereka pilih kau? Tak— maksud aku, kenapa mereka pilih kita?" pelbagai persoalan bermain di fikiran Jimin. Sejak dia ditawarkan untuk menyertai eksperimen itu, dirinya tidak henti-henti bertanyakan pelbagai soalan.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now