Bab 2: Senior

1.2K 150 23
                                    

MALAM sudah menjelang menghiasi semesta yang gelap dengan bintang-bintang cerlang. Purnama yang penuh ditambah seri. Indah sekali.

Namun indahnya malam gagal meredakan gundah yang dipateri di hati sang hawa itu. Hingga sekarang pun masih dia gusar memikirkan keadaan seorang lelaki.

Bdzz!! Bdzz!!

Telefon berdering menandakan ada mesej yang masuk. Dia menyelukkan tangan ke dalam poket seluar, lalu dibuka telefon tersebut.

 

Iman
Malam ni umi balik lewat sikit
Ada hal dekat surau
Kamu balik dengan kawan yer
Jangan balik sorang
Bahaya

 

Iman membaca mesej uminya sepintas lalu dan menghelakan nafas perlahan di akhir ayat. Dia kemudiannya menaip sesuatu dan hantar.

Telefonnya ditatap lama. Balik dengan kawan? Kawan pun dah balik.

Iman mengeluh berat. Berapa kali sudah dia berlaku zalim dengan Tuhan. Iman mengatup matanya rapat dengan dahi yang berkerut. Istighfar diucap panjang di dalam hati.

Jangan mengeluh, Iman. Allah tak suka orang yang mengeluh. Desir hati hawa itu mengingatkan seketul dagingnya yang acap kali alpa.

Telefonnya disimpan semula ke dalam poket. Balik sajalah. Macam tak biasa pula balik sorang-sorang. Desis hati kecil Iman. Beg dibahunya digalas kemas sebelum dia membuka langkahnya kembali.

Mata Iman ditala ke depan dengan fikiran yang jauh melayang. Dia berhenti di bahu jalan menunggu lampu isyarat bertukar warna.

Dahi Iman masih berkerut tebal, teringatkan lelaki yang sudah lama tidak dilihat wajahnya. Dia semakin tak senang duduk. Gila tak risau? Entah makan ke tidak lelaki itu.

Manalah awak ni Rudy...

Beberapa minit kemudian, lampu isyarat sudah bertukar warna dan seraya itu juga kaki Iman diatur untuk berjalan ke seberang.

Pon! Pon!

Iman menoleh bersama matanya yang sudah terbuntang luas. Satu cahaya yang amat terang, menyuluh keseluruhan tubuhnya. Kenderaan besar yang laju itu nampaknya tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk berhenti.

Iman sedar akan perkara tersebut namun entah mengapa kakinya seakan melekat pada jalan itu. Dia tak mampu untuk bergerak.

Jantung Iman berdegup kencang seperti hendak terkeluar. Semakin lama semakin dekat kenderaan itu. Matanya dikatup rapat, takut. Awak... tolong saya!

Tanpa dia sedari, dirinya direntap kuat dari belakang, membawanya ke bahu jalan sepantas kilat. Mata Iman terbuka semula, terkejut. Jantungnya masih lagi berdegup kencang dan nafasnya mula tidak teratur dek kerana terkejut yang amat.

"Woyh! Gila ke apa? Tak nampak ke lampu warna merah? Bodoh!" pekik pemuda itu pada lori yang sudah semakin jauh ke hadapan.

Mendengar suara yang datang dari belakangnya, Iman lantas penasaran. Lantaran dengan itu, dia terus memaling ke belakang berharap bahawa orang yang menyelamatkan dia itu adalah orang yang dia sangka.

Namun hampa. Riak Iman berubah menjadi kecewa dan sedih begitu saja. Bukan dialah, Iman.

"Kau okey tak? Ada sakit mana-mana?" tanya lelaki itu risau.

"Saya okey." Iman bingkas bangun dari tanah.

"Asal kau jalan sorang-sorang? Bahaya tau. Kau tu perempuan kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Tak sayang badan ke?" bebel pemuda itu pula.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now