Bab 3: Keluar [EDITED]

1.2K 151 37
                                    

"WEYH, bangun!"

Rudy sekadar menggeliat sahaja apabila punggungnya dipukul dengan bantal peluk yang entah dari mana datangnya.

"Kau nak apa?" tanya Rudy serak-serak basah. Dia masih lagi berbalut dengan selimut.

"Aku nak kau bangun. Cepat!" arah Jet lagi, memukul punggung Rudy lagi dengan bantal yang masih berada di tangan.

"Awal lagi kot," rungut Rudy, memusingkan badannya ke arah bertentangan. Malas nak layan.

"Awal kepala lutut kau! Dah pukul 11, cerdik. 11!" pekik Jet, menekan perkataan terakhirnya.

Mata Rudy langsung terbuka seluasnya. Apa! Dia laju bangun daripada baringnya dan mencapai jam tangan yang berada di sebelah.

Rudy menghelakan nafas perlahan. Haahlah, dah pukul 11. Rudy meletakkan semula jam itu ke tepi, lalu meraup wajahnya perlahan.

Jet bergerak ke sisi bilik Rudy, lalu dibukanya tirai membenarkan cahaya menerangi segenap ruang yang tadinya gelap gelita macam lubang tikus. Cahaya nurlah katakan.

"Awalnya kau bangun." Rudy berkata dalam mamai. Dia menggosok matanya yang tidak gatal. Rambut dia jangan cakaplah, serabai sungguh!

Jet mengeluh, lalu mengurut batang hidungnya lembut.

"Awalnya aku bangun? Kau tu yang bangun lambat. Kau buat apa, semalam?" tanya Jet sambil bercekak pinggang.

"Tu." Tunjuk Rudy dengan kepalanya saja, di satu ruang bilik tersebut. Tangannya tidak lekang menenyeh-nenyeh mata. Apahal gatal lain macam ni?

Jet menoleh ke arah yang ditunjuk Rudy. Kelihatan buku yang sangat banyak bersepah di atas meja belajar. Jet menggelengkan kepala. Kau membaca buku sampai ke subuh ke weyh?

Jet memandang Rudy semula. Dia berjalan mendekati kawannya, lalu melabuhkan punggung di atas katil.

"Aku nak mintak tolong kau sikit ni. Boleh?" pinta Jet. Yang tadinya suara macam bapak-bapak asyik marah-marah, sekarang dah macam anak-anak diangah-angah pula.

Rudy sekadar mendongak kepalanya sekilas bersama matanya yang masih belum terbuka habis. Memang sah tidur waktu subuh ni.

"Kau pergi mandi, siap-siap pastu jumpa aku kat bawah dalam kereta. Okey?" terang Jet, dengan nada yang berbeza.

"Baju semua aku dah sediakan kau tinggal nak sarung je," katanya lagi, tersenyum di akhir kata seolah-olah memujuk.

Rudy memandang Jet dengan muka sebalnya. Loading kejap kepala otak dia memproses ayat-ayat yang keluar dari mulut kawannya itu. Mamat ni dah gila ke ape?

"Weyh, weekend ni orang nak rehatlah, nak tidur. Kau lagi mau keluar pergi jalan. Malaslah!" Rudy mengusap rambutnya kasar sebelum menghempaskan tubuh ke atas tilam yang empuk itu. Selimut ditarik menutupi keseluruhan badan. Aku nak tidur!

"Alaa weyh, bolehlah. Kejap je. Bukan kau pergi mana pun."

Melihat jawapan jelas yang diberikan Rudy, Jet tahu dia kena pujuk lebih sikit. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk landak beku ini. Badan Rudy beberapa kali digoncang, tak mahu mengalah.

"Aku kan dah tolong kau... kau tolonglah aku pulak," pujuk Jet. Nadanya tak serupa memujuk langsung. Lebih kepada mengungkit. Dasar tolong tak ikhlas!

Rudy mengangkat selimut sehingga ke paras dada. Dia menatap lama muka Jet. Ada betulnya juga. Kalau bukan sebab Jet, dia tak akan ada tempat nak berteduh.

Jet yang beri dia tempat tinggal. Dia sebenarnya kini tinggal di rumah gah Jet. Ibu bapa dia pun nampaknya tidak kisah sangat bila Rudy tinggal di sini.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now