23 • Life changed

6K 685 73
                                    

— Maths —





Sebaik saja Ain masuk ke dalam biliknya, dia mengunci pintu bilik lalu menangis sepuasnya di atas katil. Sungguh tak sangka dia bahawa Izz sanggup curang terhadapnya.


Apa yang tak cukupnya pada diri aku? Apa aku buat, Izz? Kenapa kau tak nak jelaskan pada aku?? Tolong jangan buat aku tertanya-tanya!

Macam-macam persoalan bermain dalam minda Ain. Cecair panas keluar dari mata dan mengalir deras membasahi pipinya. Esakan tangis cuba ditahan daripada didengari oleh sesiapa.

"Kenapa wehhh? Kenapa kau tipu aku, Izz? Tsk tsk. Kau kejamlah, Faizz. Kau pentingkan diri sendiriii.. hik. Apa salah aku sebenarnyaaa?" Ain meratap sendiri bersama esak tangisnya. Dia memeluk erat bantal kesayangannya sambil tubuhnya meniarap. Wajah disembam pada bantal tersebut.

Hubungan antara dia dengan lelaki tersayang dia putus macam tu saja. Dia kehilangan kekasih dan kawan baiknya sendiri oleh sebab perasaan hasad dengki dan salah faham. Begitu bahayanya perasaan dengki dan benci-membenci ini. Sekelip mata saja hidup kita boleh berubah disebabkan perasaan negatif ini.





~~~~





Keesokannya, Ain gagahkan diri untuk ke sekolah. Dia tak boleh biarkan Izz dan Farah menang macam tu saja. Tak mahu dia tunjukkan bahawa dirinya lemah. Jadi, dia gagahkan diri juga bangun awal pagi walaupun malam semalam dia menangis sehingga lewat malam.

Ain tenung dirinya pada pantulan cermin. Matanya sembap.

"Haihhh... teruklah kau ni. Buat apa menangis sebab dia? Hish, bodohlah. Habis sembap teruk mata kau." Ain terbeliakkan matanya yang sembap itu tetapi masih kelihatan sepet sedikit.

"Haish, lantaklah. Bukannya ada orang kisah pun."





~~~~





Tiba di sekolah, Ain buntu. Tak tahu nak buat apa. Selalunya sampai saja di sekolah, dia akan pergi ke kantin di mana Farah dan Izz menunggu kehadirannya untuk berbual bersama. Sekarang, tiada lagi rutin itu. Dia keseorangan.

Lalu Ain putuskan untuk duduk di sebuah wakaf sendirian sementara menunggu loceng sekolah untuk berbunyi. Dia mengeluarkan sebuah novel fantasy untuk dibaca.

Beberapa minit berlalu, loceng sekolah pun berbunyi. Ain bangun lalu menggalas begnya dan berjalan ke barisan kelasnya. Dia beratur di tempat yang biasa dia beratur. Tak naklah orang pandang dia pelik, tiba-tiba nak tukar tempat pula.

Kelihatan Izz dan Farah sedang berjalan beriringan masuk ke barisan kelas masing-masing. Mereka kelihatan mesra seperti selalu cuma kali ini, tiada Ain Qaisara. Beberapa pelajar yang mengenali mereka pun sudah memandang pelik. Ain pula hanya buat tak endah dan meneruskan bacaannya.

Bila tiba giliran untuk barisan kelasnya masuk ke kelas, dia menutup buku dan berjalan seperti biasa masuk ke dalam kelas.

Masuk saja kelas, dia duduk di tempatnya sendiri. Kelihatan Farah sudah menapak masuk ke dalam kelas bersama rakan-rakannya. Farah memang seorang yang mesra. Begitu juga Ain. Cuma waktu ini, Ain perlukan masa untuk bersendiri. Gadis itu memandang melalui ekor matanya dan mendapati Farah sudah melabuhkan punggung di tempat duduk bersama sekumpulan rakan sekelasnya.


MathsWhere stories live. Discover now