Bab 4: Akhirnya [EDITED]

1.3K 161 20
                                    

🔺 EVERYTHING THAT HAPPENS ON THIS CHAPTER IS FULLY INSPIRED. IT HAS NOTHING TO DO WITH THE ORIGINAL SERIES. 🔻

 

 

 

 

 

"RUDY... Rudy!" laung Iman dari belakang.

Rudy yang sudah tidak tahan dengan namanya yang asyik dipanggil itu, terus menghentikan langkahnya. Dia kini berada disatu tempat yang luas, di kelilingi rumput-rumput hijau. Nak kata padang, tak juga.

"Rudy..." gumam Iman. Kalini tidak sekuat tadi memandangkan Rudy sudahpun berhenti melarikan diri.

"Kau nak apa?" tanya Rudy kasar, memusingkan badannya menghadap Iman.

Iman tersentak. Hatinya sedikit sebanyak, remuk melihat Rudy. Dia kini amat jauh berbeza. Perangainya, sebijik macam pertama kali Iman kenalnya. Tidak mahu dekat dengan sesiapa, tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Hanya dia dan dunia dia sahaja.

"Awak, saya..."

"Aku tanya jawablah!" tengking Rudy memotong ayat Iman.

Iman menggigit bibirnya.

"Yang awak nak marah-marah saya ni, kenapa?" lenting Iman balik. Tak kuat tapi cukup tegas. Apa dia ingat bila Iman perempuan, Iman lembut sahaja sepanjang masa?

Rudy tergamam. Kelu lidahnya apabila gadis bertubuh sekecil ini meninggikan suaranya di depan mukanya. That is something else.

"Awak pergi mana?" tanya Iman semula, sedikit tenang berbanding tadi.

Rudy merengus. Tangannya dikepal-kepal geram. Matanya dilarikan ke arah lain, tidak mahu menatap Iman.

Entah kenapa jantungnya berdebar kuat apabila melihat Iman. Dia tak bencikan rasa ini cuma dia berasa rimas. Rasa yang membuatkan dia tak terarah. Ah, menyampah gila.

"Awak tahu tak saya dah lama cari awak. Saya tunggu awak setiap hari. Awak tahu tak?" soal Iman lagi, dengan lelahnya. Marah bercampur kecewa. Gembira pun ada kerana setelah sekian lama akhirnya jumpa juga.

Rudy terkedu. Dia terdiam dan merenung Iman seolah dia tak percaya dengan apa yang dituturkan gadis ini. Tak... dia tak berniat nak menghilangkan diri. Cuma buat masa sekarang dia perlukan masa. Masa untuk mengenal dirinya semula.

Rudy sedar siapa diri dia. Siapa jelah dia ni kan. Dia tiada keluarga. Tiada saudara. Permulaan hidupnya pun, dia tak ingat. Nasib Jet cukup baik untuk menumpangkannya rumah.

"Saya betul-betul risau pasal awak. Apa dah jadi dekat awak, awak tinggal dekat mana, makan apa, sihat ke tidak, awak macam mana," kata Iman lagi, bertubi-tubi melepaskan segala isi hati.

"Semua tu saya tanya dekat diri saya sendiri," sambungnya.

Riak wajah Rudy jelas berubah. Dia risaukan aku? Lidah Rudy seolah kelu. Sukar untuk dia percaya ada yang kisahkan dirinya. Tapi benarkah?

"Saya rasa bersalah sangat dan saya jugak terkilan. Terkilan dengan awak." hambur Iman, menunding jari tepat di wajah lelaki itu.

"Awak menghilangkan diri macam tu je. Awak tak cakap apa-apa pun dekat saya," ujarnya lagi, mengatup mata, seraya menundukkan pula wajahnya.

Daripada nada suara gadis itu sahaja, Rudy dapat kesan kepenatannya. Rudy tak tahu hendak berkata apa dia seperti mati kata.

"Paling saya terasa, bila awak cuba untuk mengelak daripada saya. Tadi masa awak tolong saya dekat kedai, awak terus lari bila awak tahu tu saya. Kenapa?" soal Iman, jelas tersinggung. Rudy bencikan dia, ke?

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now