BAB 1 [(pelawaan) Edited ]

4.9K 229 29
                                    

Boboiboy kau tak apa-apa ke?
Kenapa kau tak bagitahu yang kau dapat penyakit seteruk ni.

Boboiboy:maafkan aku semua aku tak nak korang risau je

"Ttttttttttttiiiiiiiiiiit........."

All: BOBOIBOY!!!!!!!!!!!!

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

      Di rumah tok abah, kelihatannya Boboiboy dan ochobot sedang sibuk mengemas rumah sementara Tok abah sedang menyediakan makanan tengah hari. Alang - alang Tapops bagi cuti, bolehlah mereka menabur bakti kepada insan yang sudah lama menjaga mereka dengan baik.

Sedang mereka ralit mengemas rumah, tiba - tiba telefon rumah mereka berbunyi. Ochobot yang kebetulannya sedang membersihkan habuk di situ mengangkat panggilan itu.

"Hello?"

"Selamat pagi, boleh saya tahu kepada siapa yang saya sedang bercakap?"

"Ouh urm..." Ochobot menggaru kepala robotnya. Dia tidak tahu untuk menerangkan siapa dirinya. Takkan lah dia hendak memberitahu bahawa dia adalah powersphera robot berteknologi tinggi angkasa?!

"Siapa tu Ochobot?" Soal Boboiboy

"Tak tahulah.. cuba kau yang jawab" kata Ochobot memberikan gagang telefon itu kepada Boboiboy. Boboiboy mengangkat sebelah keningnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Ya, ada apa ye?"

"Selamat pagi Ejen Elemental, sudah lama kita tidak bersua"

Wajah Boboiboy berubah seketika tatkala nama panggilan yang sudah lama ia tinggalkan kini kembali di indra pendengaran nya semula. Dari nada suara wanita yang tegas itu, dia boleh meneka empunya suara di sebalik telefon itu.

"Ya, mentor.. sudah 4 tahun kita tidak berjumpa" Kata Boboiboy mengukirkan senyuman manis meskipun tidak terlihat oleh mereka.

"Hahahaha, kamu apa khabar? Saya yakin kamu masih ingat teknik-teknik yang pernah saya ajar dahulu" pintas seorang lelaki bersuara garau. Boboiboy terkekeh kecil.

"Macam mana boleh saya lupa. Berkat ajaran mentor-mentor lah saya jadi diri saya yang sekarang ini" kata Boboiboy merendah diri membuatkan 3 orang belia disebalik panggilan itu memandang antara satu sama lain sambil mengukir senyuman bangga.

"Sebenarnya, kami menghubungi kamu kerana kami memerlukan bantuan kamu untuk-"

"Melatih ejen - ejen muda di mata?"

Pintas Boboiboy menyelitkan persoalan dalam perkataannya. Ejen Zain yang merupakan salah satu daripada belia itu mula berdehem. Jelas dia tidak perlu untuk menerangkan kepada bekas anak muridnya itu dengan lebih lanjut. Kebolehan nya untuk menghadam maklumat sangat dipuji.

"Ya, betul.. adakah kamu sudi untuk menjadi pembantu kami dan pemangkin semangat ejen - ejen muda yang lain?" Soal Ejen Dayang meminta persetujuan.

Boboiboy mengetuk dahinya beberapa kali. Dia mula bersandar pada rak yang setia menjadi tempat telefon rumah itu berada.

"Urmm... Bukan saya tak nak mentor. Tapi sekarang saya kerja dengan satu organisasi yang memerlukan kuasa saya ni.. jadi saya perlu minta cuti daripada ketua saya terlebih dahulu." terang Boboiboy.

Get well soon boboiboyWhere stories live. Discover now