5 3

360 20 0
                                    

Dhiya perlu menutup art gallery ini bersendirian memandangkan Shariz pulang awal kerana perlu menghantar Puan Hasna dan Encik Hadi ke lapangan terbang.

Tatkala Dhiya ingin berjalan ke arah keretanya setelah mengunci pintu studio itu langkahnya terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di tepi kereta milik Dhiya.

"Ruzain." Tegur Dhiya mendekati jejaka itu.

"Hi, Dhiya."

"Hi." Balas Dhiya.

"Saya datang ni nak ajak awak makan malam dengan saya. Awak free tak malam ni?"

"Malam ni? Saya rasa tak boleh sebab saya dah janji nak balik makan malam dengan keluarga saya." Tolak Dhiya.

Sudah tentu perlu ditolak pelawaan itu. Jika tidak makin susah Dhiya ingin melupakan rasa sayangnya pada lelaki ini.

Tiga tahun masa yang cukup lama untuk seseorang itu meneruskan hidup dan melupakan kisah lama. Namun tidak bagi Dhiya, hatinya masih menunggu dan menanti walaupun dirinya sedaya upaya cuba untuk menghilangkan apa jua perasaan yang dirasai olehnya terhadap seseorang yang suatu ketika dahulu bergelar sahabat padanya.

"Kalau macam tu, macam mana dengan esok?" Tanya Ruzain.

"Hmm." Dhiya mencari alasan untuk diberikan kepada Ruzain.

"Tak boleh juga. Sameera nak sangat saya makan dekat rumah dia. Iyalah, sayakan dah lama tak berbual dengan dia." Ujar Dhiya yang mereka cerita.

Ruzain mengangguk-angguk tanda mengerti.

"Macam mana dengan lusa?"

"Tak boleh juga sebab saya cuti jadi saya nak rehat je dekat rumah." Ujar Dhiya memberi alasan.

"Hari selepas lusa?"

"Hari selepas lusa saya tak pasti, nanti kalau saya free saya beritahu awak." Balas Dhiya buntu alasan apa lagi perlu diberinya untuk mengelak daripada keluar makan bersama Ruzain.

"Okay. Jumpa awak lusa?"

"Insya-Allah."

***

Sewaktu makan malam, Dhiya termenung sambil jarinya menguis-guis nasi putih yang langsung tidak dijamahnya. Puan Maryam memerhatikan sahaja anak perempuannya itu yang kelihatan terganggu dengan sesuatu.

"Kak, cantik cincin. Mana dapat?" Soal Emir yang matanya lebih tertumpu pada cincin pada jari kakaknya berbanding dengan raut wajah muram Dhiya itu.

Dhiya terjaga dari lamunannya, memandang Emir sebelum bersuara.

"Shariz bagi." Balas Dhiya ringkas tanpa sebarang reaksi muka yang menunjukkan dia gembira.

"Jadi betullah Emir teka yang akak dengan Abang Shariz tu ada apa-apa."

Dhiya tidak membalas matanya tertumpu pada pinggannya lalu disuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Dhiya kenapa ni? Mak tengok macam ada masalah je." Soal Puan Maryam merisaukan anaknya.

"Dhiya okay jelah mak, Cuma penat sikit je." Dhiya melemparkan senyuman tawar kepada Puan Maryam sebelum matanya kembali pada makanan pada pinggannya.

***

Emir masuk ke dalam bilik Dhiya, mendekati kakaknya yang sedang melakar sesuatu pada sekeping kertas lukisan di atas mejanya. Emir menjenguk melihat kertas lukisan itu, penuh dengan contengan. Dia memandang muka kakaknya pula, Dhiya yang termenung langsung tidak perasan akan keberadaan adiknya yang berada di dalam biliknya.

Akhiri Penantianku ✔Where stories live. Discover now