PM58

2.8K 146 9
                                    

Koh Samui

"Yeah...sampai dah kita" aku dah lompat lompat happy. Rafiqi di sebelah dah menggeleng perlahan.

"Nah,ambik ni" ujar Rafiqi menghulurkan aku satu beg. Haha jangan salah anggap,Rafiqi tak suruh aku angkat beg kami pun tapi dia bagi beg AKU. Aku ulang,...beg tangan aku. Haha nyaris tertinggal tadi tapi nasib Rafiqi perasaan.

"Okay now kita nak ke mana?" Soal Rafiqi. Mesti lah Rafiqi tanya aku,dah aku yang aturkan segala- galanya dekat sini.

"Hehe,dengan bantuan Rayyan dan juga Kak long,saya dah pastikan segala galanya perfech sepanjang kita cuti ni. Jom!" Ajak aku sambil menarik tangannya.

"Eh eh sayang,beg kita!"

"Jangan risaulah,nanti ada orang ambik" ujar Aku yakin. Tak lama selepas itu terdapat 3 orang lelaki menghampiri beg kami lalu diangkat masuk ke dalam sebuah kereta.

"Oh I see"

Aku tayang senyum bangga. Akukan? Jangan risaulah,kalau bercuti dengan Maya,tak adanya yang tak best.

Kami berdua menaiki sebuah kereta lalu menuju ke arah chalet yang ditempah khas oleh Kak long. Haha,Kak long yang cadangkan,aku follow saja pilihan Kak long.

"Kita dah sampai"

"Wah...cantiknya..." Puji Rafiqi. Topi di kepalanya dibetulkan betulkan. Aku mengangguk setuju dengan kata kata Rafiqi. Memang cantik pun permandangan dekat sini.

"Jom abang kita masuk bilik,then kita decide nak buat apa sepanjang kita dekat sini. Setuju?" Soal aku.

Rafiqi mengangguk. Kami mula melangkah ke arah bilik kami. Pintu dibuka oleh Rafiqi apabila kunci dibuka.

Aku jadi jakun sebentar. Cantiknya rekaan dalaman bilik ni,dahlah macam penthouse,ada ruang tamu,ruang dapur,ruang makan dan juga bilik.

" Sayang,abang dah simpan semua baju kita,now kita plan nak buat ok?" Tegur Rafiqi tiba tiba. Terus aku menoleh ke arahnya.

"Eh bila masa abang simpan semua baju kita ni? Tak perasan pun abang simpan." Soal aku aneh. Kepala digaru perlahan.

"Mana nak perasan kalau masuk masuk dah terkaku pandang ruangan tamu ni. Abang Panggil pun sayang tak perasan" ujar Rafiqi tenang sambil duduk di atas sofa panjang.

Aku turut duduk bersama sama Rafiqi di atas sofa itu. Senyuman dibuat buat. Sumpah tak perasan Yang Rafiqi ada panggil aku tadi.

"Hehe sorry abang." Lekas lekas aku meminta maaf

"Tak adalah apalah sayang. Hal biasa ajer tu"

Satu kertas diambil oleh Rafiqi di atas meja kopi hadapan televisyen. Segala maklumat tentang lokasi serta aktiviti menariknya lengkap di dalam kertas itu. Wah kalau macam ni kitaorang just pilih ajerlah aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang berada di Koh Samui ni.

"Hmm,ada macam macam aktiviti lah sayang. So...kita nak mula dari mana? Abang ikut ajer pilihan sayang." Rafiqi memberi aku peluang untuk memilih.

Aku memandang lama kertas Yang mengandungi maklumat tersebut,berfikir aktiviti apalah yang sesuai untuk dilakukan pada hari ni.

"Kalau hari ni kita buat aktiviti pantai? Tapi petanglah,sekarang ni kita restkan badan kita dulu. Lagi pun penat naik flight pun tak habis lagi. Boleh eh abang?" Cadang aku .

"Abang tak kisah,mana mana ajer. Ok petang ni aktiviti laut,malam ni pula?"

Aku diam,berfikir nak ke mana. Pasar malam dekat sini orang kata meriah dan best,why not pergi situ? Nak tengok juga apa yang best sangat tu

"Malam ni kita jalan jalan dekat pasar malam nak? Orang kata pasar malam dekat sini meriah gila. Nak tak abang?" Soal aku.

"Ok. Abang ikut ajer" putus Rafiqi. Aku mengangguk puas hati. Aktiviti hari pertama settle.

"Abang Maya lapar ah tapi Maya penat lah nak keluar makan. Kalau kita makan kat bilik ajer ok?" Cadang aku. Rafiqi mengangguk setuju dengan cadangan aku.

"Abang pun penat lagi ni. Tak apa,Maya rehat ajer dulu. Biar abang Yang order "

Aku anggauk faham. Perlahan lahan aku berjalan menuju ke arah bilik kami. Nak rehat dulu! Cas energy untuk aktiviti petang ni.

-SKIP-

Puas bermain air siang tadi,Kini kami sedang makan malam di sebuah restoran yang menyediakan pelbagai masakan halal untuk pengunjung Muslim.

Aku menikmati tomyam dengan penuh berselera manakala Rafiqi hanya fokus kepada steak yang diordernya tadi.

Tiada perbualan di antara kami. Masing masing senyap mengunyah makanan. Bukan gaduh ya? Kami berdua terlampau lapar sampai langsung tak berbunyi masa makan.

Aku memerhatikan kawasan sekeliling restoran ni. Cantik. Alahai,kenapalah banyak sangat restoran cantik cantik macam ni dekat Thailand? Buat otak aku pening ajer nak masuk restoran mana nanti masa nak makan.

"Sayang,tengok apa?" Soal Rafiqi tiba tiba. Aku tersentak,wajah Rafiqi aku pandang.

"Hah,tak ada apalah. Just tengok tengok ajer. Cantik kan abang rekaan dalaman dengan pemandangan luar
restoran ni"

Rafiqi mengangguk sambil matanya turut memandang sekeliling kawasan restoran ini.

"Yup,cantik but tak boleh lawan dengan kecantikan yang ada pada sayang. So abang rasa,daripada abang pandang restoran ni ada baiknya abang pandang sayang"ujar Rafiqi membuatkan aku terdiam.

"Mulalah tu nak sweet talker. Abang tahu,kalau abang ni playboy,Maya rasa ramailah perempuan berebut nak kan abang. Dahlah handsome,sweet talker lagi and Kaya pula tu.". Puji aku melambung.

Rafiqi gelak kecil mendengar kata kata aku itu. Sudu dan garfu diletakkan di sisi pinggan.

"Baru tahu ke sayang? Biasalah kalau lahir lahir ajer dah handsome. But nak buat macam mana kan?memang dah ditakdirkan yang abang akan jatuh cinta dengan sayang,jadi suami sayang serta penunggu yang setia pada sayang ...membuatkan abang tak nak dan tak mahu mendekati perempuan lain. So macam mana abang nak jadi playboy kan?" Ujar Rafiqi lagi membuatkan aku terdiam. Ni... Puji diri sendiri namanya!

"Eh mesti lah abang jatuh cinta pada Maya. Maya kan memang dari dulu lagi cantik,manis,dan ayu lagi tau. Apa,ingat abang ajer handsome? Maya pun cantilah." Aku masuk bakul angkat sendiri pula.

"Oh nak lawan abang balik lah ni? Tak apa ,tak apa. Kita tengok nanti siapa yang menang and siapa yang akan kecundang ok?" Kata Rafiqi amat menyeramkan aku.

Gulp! Air liur ditelan kesat. Alahai rasa menyesal pula cabar Rafiqi tadi. Mati lah aku nanti mesti kaw kaw punya dia kenakan aku.

"Lekas makan sayang. Kata siang tadi nak ke pasar malam,nak jalan jalan ? " tegur Rafiqi apabila melihat aku hanya merenung makanan aku.

"Hah? Yalah yalah,Maya makanlah ni." Kelam kabut aku menghabiskan tomyam aku.

Tak lama selepas itu,kedengaran Rafiqi ketawa kecil melihat gelagat aku. Tapi aku langsung tak hiraukannya.








Done

Prince Mask (edit)Where stories live. Discover now