E P I L O G

896 25 0
                                    

Lima tahun berlalu tanpa disedari, Dhiya Hana kini lebih banyak meluangkan masa di rumah dan menyiapkan tempahan lukisannya di studio mininya sahaja. Jika ada kelapangan baru dia akan ke art gallery memandangkan Shariz ada untuk menguruskan tempat tersebut bersama dengan dua orang pekerja mereka.

"Mama!" Dhiya yang sedang menyidai kain di halaman rumah mendengar suara kecil anaknya yang datang dari dapur.

"Kenapa sayang?" Soal Dhiya lalu menangguhkan kerjanya dan menuju ke dapur untuk mencari tahu apa yang diinginkan oleh anak perempuannya itu.

"Mama, mana coklat Mayah? Dah hilang dah." Keluh Sumayyah yang sedang memegang pintu peti ais sambil mencari-cari coklat miliknya.

Dhiya mendekati anaknya lalu membantu misi pencarian coklat milik anaknya yang berusia empat tahun itu

"Mayah salah letak kot? Entah-entah malam tadi Mayah tak keluarkan lagi coklat tu daripada plastik." Teka Dhiya.

"Mana adalah mama! Mayah ingat semalam Mayah dah letak dah dekat atas ni." Bantah Miyah memuncungkan bibirnya.

"Jom mama tolong carikan." Dhiya memegang tangan anaknya lalu mencari coklat itu di setiap kawasan tingkat bawah itu, sehinggalah dia melihat suaminya yang sedang berbaring di atas sofa dan menonton siaran televisyen. Kedengaran Ruzain yang ketawa, terhibur dengan rancangan komedi yang disiarkan itu.

Dhiya yang berada di belakang sofa memerhatikan sahaja tindak tanduk suaminya sambil dia mengecilkan matanya dan bercekak pinggang.

"Sayang!" Jerit Dhiya dengan geram.

Ruzain menoleh ke arah isterinya, kelihatan tangan kanannya memegang bar coklat milik Sumayyah dan sebelah tangannya lagi dijadikan bantal buat anak perempuan mereka, Fathiyya yang berusia dua tahun yang sedang nyenyak tidur.

"Papa ambil coklat Mayah! Hish papa ni." Bebel Sumayyah yang persis seperti mamanya.

Ruzain dengan perlahan mengalihkan lengannya daripada kepala Fathiyya lalu menukar posisinya baringnya kepada duduk.

"Ini coklat Mayah ke? Papa ingat mama punya itu yang papa rembat tu." Jawab Ruzain.

"Mayah dah rancang dah nak tengok cerita kartun sambil makan coklat. You're ruining my planlah, papa." Ujar Sumayyah.

Dhiya ketawa sahaja memerhatikan gelagat anaknya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Memang anak aku pun." Ujar Dhiya sendiri melihat perangai anaknya yang sudah tentu diwarisi daripadanya.

Ruzain menarik lembut tangan anaknya lalu membawa Sumayyah ke dalam dakapannya.

"Sorry okay? Nanti kita pergi beli lagi." Pujuk Ruzain.

"Bila?" Soal Sumayyah yang teruja ingin keluar untuk membeli makanan kegemarannya itu.

"Petang nanti. Thiyakan tengah tidur, nanti adik dah bangun kita pergi." Jawab Ruzain.

"Tak apa, pergi je sekarang takut petang nanti hujan. Saya tunggu Thiya dekat rumah." Suruh Dhiya.

"Sure ni tak nak ikut? Jarang awak tak nak pergi ni." Tanya Ruzain yang mengenakan jam pada pergelangan tangannya.

"Saya malaslah nak pergi, lagipun badan saya rasa tak sedap sangat." Ujar Dhiya.

"Nak pergi klinik ke?"

"Tak naklah. Saya rehat nanti okaylah." Balas Dhiya lalu kembali semula menyelesaikan kerja menyidai kainnya yang tertangguh tadi.

***

"Sayang awak okay tak ni? Saya tengok muka awak macam pucat je." Soal Ruzain yang duduk di tepi katil memandang isterinya yang sedang berehat.

"Saya okay, cuma pening kepala sikit."

Akhiri Penantianku ✔Where stories live. Discover now