Bab 25

2.8K 78 11
                                    

"TENGKU Muammar!"

"Yes?"jawab Tengku Muammar dengan senyuman sinisnya.Di lihatnya gadis di hadapannya kini.Muka Ayuni sudah cemberut jadinya.Geram dirinya dipermainkan.

" Awak buat apa dekat dalam bilik Puan Hajar? Sekarang kan waktu belajar? Awak nak ponteng lagi? Huh?! " bebel Ayuni sambil tangannya memeluk tubuh. Matanya merenung tajam ke arah Tengku Muammar.

"Suka hati lah. Aku ada hak. Puan Hajar tak kisah pun.Lagipun cikgu dekat kelas aku tu tak masuk pula. Katanya Puan Hajar pula panggil datang ke sini. Itu yang aku cari,"ujar Tengku Muammar lalu mula bangun dari duduknya. Dia berjalan merapati ke arah Ayuni.

"Awak nak kata saya lah cikgu yang tak masuk tu?Kan ada Cikgu Yazir gantikan saya.Saya dah siap pesan dekat Cikgu Yazir suruh pelajar yang lain buat latihan yang semalam saya ajar." Ayuni mendengus. Dia mengetap bibirnya. Ada je lah budak ni alasannya.

Tengku Muammar tertawa kecil. Perlahan dia berjalan mendekati Ayuni. Berdiri sahaja dihadapan gadis itu, mukanya ditundukkan sedikit. Cuba menyamankan ketinggian gadis itu. Mata Ayuni ditenungnya.

Ayuni meneguk liurnya. Dia ni kan...

"Tapi... aku tak nak cikgu yang lain ajar. Aku nak kau yang ajar. Aku lebih faham kalau kau yang ajar." Tengku Muammar mengenyitkan matanya. Kemudian, dia tersenyum.

Tidak berkelip mata Ayuni memandang wajah Tengku Muammar. Mental ke mamat ni? Dia sakit ke?

"Awak sakit ke? Dah makan ubat? Saya rasa awak demam ni sebab tu cakap macam tak betul. Hahaha..." tawa Ayuni. Tengku Muammar mendengus geram. Gadis ini memang nak kena ke?

Terus ditariknya rambut gadis itu. Ayuni yang tadinya ketawa mengaduh kesakitan. Apa pula main tarik-tarik ni?

" Awww... Sakitlah! "

" Padan muka! Aku cakap betul bukan main-main, sayang."

Terlopong Ayuni mendengar panggilan Tengku Muamar sebentar tadi.

"Ap.. aa.. aap.. Apa?" tergagap-gagap dia mahu menanya.Jantungnya saat ini mulai berdegup laju.

"Haish kau ni. Muka je comel tapi pekak. Aku kata padan muka kau! Aku cakap betul bukan main-main," kata Tengku Muammar sekali lagi. Kali ini dia mengeluh seketika. Baru cakap sayang tu kalau yang lain? Nakal hatinya berbisik.

Ayuni mengeluh lega. Budak ni bukan boleh dijangka perangainya.

"Haa, awak tunggu apa lagi? Pergi masuk kelas sekarang. Kalau tak saya beritahu Puan Hajar." Kali ini Ayuni mula bertegas. Tak kisah lah budak dihadapannya ini mahu marah atau apa yang penting dia harus memastikan budak ini masuk ke dalam kelas.

"Nope." Tengku Muammar menggeleng.

Ayuni mengetap bibir geram. Terus dia berjalan menuju ke arah belakang budak itu lalu ditolaknya belakang badan budak itu. Cuba memaksanya keluar.

"Ish, keluar lahh!" arah Ayuni sambil berusaha menolak Tengku Muammar menuju ke arah pintu keluar.

Tengku Muammar tersengih. Dia cuba mengeraskan badannya.Tetap dia tidak mahu mengikut arahan gadis itu.

"Eh, dah cakap kan tak nak tadi?"

"No! Kena keluar juga!" Sedaya upaya dia menolak Tengku Muammar. Namun usahanya sia-sia sahaja. Tengku Muammar sengaja mengeraskan dirinya. Dasar betul budak ini. Degil sungguh.

"Aku boleh keluar tapi lepas kau dah selesai urusan dengan Puan Hajar." Tengku Muammar tersenyum. Saja lagi mahu menaikkan kemarahan gadis kesayangannya ini.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now