30 • Rival

5.8K 597 139
                                    

— Maths —





          Kringggg!

          Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik tiba. Ain mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg dalam keadaan kelam-kabut. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari kelas dan berlari anak melalui koridor untuk turun tangga. Semasa dia berlari melepasi kelas Izz, dia nampak pemuda itu sedang menggalas beg sekolah. Tanpa sengaja, mata mereka bertembung bila Izz perasan ada orang di depan kelasnya.


          Ish, dia nampak aku pulak!

          Hati Ain dah menggelabah. Dia melajukan langkah dan menuruni tangga.

          "Sara!" Izz memanggil sambil kakinya laju mengejar Ain.

          Ain pula sudah menyumpah seranah lelaki itu bila dikejar.



          Haih, kenapalah kelas kami perlu sebelah-sebelah?


          Tiba di tingkat bawah, Ain berlari anak menuju ke pagar utama sekolah. Namun, langkah Izz lebih laju berbanding Ain yang berkain sekolah itu yang menyukarkannya untuk berlari.

          Beg sekolah gadis itu ditarik secara mengejut dari belakang menyebabkan dia hampir terjatuh ke belakang.

          "Ah!" Terjerit kecil Ain apabila begnya ditarik.

          Nasib baiklah Izz sempat memeluk pinggang wanita tersebut dan menangkapnya sebelum terjatuh. Masa seakan-akan berjeda seketika. Mereka menatap mata satu sama lain.





















          "Wuit wuitt~! Pewwiittt! Amboi, sweetnya! Shooting drama pukul berapa ni?" Tegur seseorang yang baru turun dari tangga itu.

          Pelajar lain yang bersamanya melepaskan tawa.

          Ain terus menolak dada Izz menjauhinya. Pipinya mula membahang. Dia memandang sekumpulan pelajar yang turun tadi.

          Rupanya geng Airil iaitu, Syafiq, Khairul dan Hanif yang menyaksikan adegan sweet tak berbayar tadi. Airil turut ada di situ. Wajahnya kosong saja memandang Ain.

          Akibat rasa malu yang amat, gadis itu lantas berlari meninggalkan kawasan itu. Izz pun mengikut jejak langkahnya.

          "Sara, tunggulah." Izz cuba memaut tangan Ain tetapi Ain terlebih dahulu memusingkan badannya menghadap dia.

          "Kau nak apa lagi, Faizz? Sudahlah weh. Aku nak balik. Tolong, aku merayu dekat kau. Jangan ganggu hidup aku lagi."

          "Sara, I'm begging you. Please forgive me. Sumpah, I menyesal tinggalkan you."

          "Hahah. Okay, fine. Aku maafkan kau. Puas? Dah, aku nak balik."

          Ain pusing ke depan semula ingin berjalan masuk ke dalam kereta papanya yang sudah elok diletak di depan sekolah tetapi Izz menghalangnya lagi.

          "Tipu.. you tipu. You masih tak nak maafkan I lagi kan? Say it sincerely."

          "Heh, tahu pun. Weh Faizz. Bila aku cakap tak tu, aku maksudkannya. Takde masa aku nak bergurau dengan kau dah. Kau jangan sampai aku bagitahu papa yang kau ganggu aku sampai menyusahkan hidup aku. Kau nak ke dia jumpa and marah kau? Kau kenal kan papa macam mana?" Ugut Ain.

MathsWhere stories live. Discover now