Bab 6: Maaf

1.1K 151 21
                                    

2 days ago.....

"HMM... she got you pretty good. Teruk jugak kau kena penampar." Sempat Jet menyindir Rudy sebelum memulas tombol pintu rumahnya.

Dia nampak apa yang berlaku di antara Iman dengan Rudy tadi. Fuh, drama sungguh. Teruk jugak Rudy tengking Iman tadi. Ingin sahaja dia masuk campur, namun ditahan pula dengan Roza.

Paling Jet tak sangka bila Iman yang bertubuh kecil itu, boleh lempang Rudy sampai merah berbekas muka jantan nih.

Kalau diikutkan naluri penuh kelakiannya, dah lama dia gelakkan Rudy sambil bertepuk tangan. Namun demi menjaga persahabatan ukhwah mereka berdua, Jet memilih untuk berkekek di dalam hati aja.

Jet menguak pintu itu luas dan memberi ruang kepada Rudy untuk masuk.

Rudy menjeling Jet dengan ekor matanya dan terus membuka langkah masuk ke dalam rumah. Kau kalau nak mati, cakap. Tak payah kot nak perli-perli aku macam ni.

"Kenapa kau cakap macam tu dekat dia? Iman tu bersungguh tau, cari kau. Last-last, kau buat dia macam tu." Jet mengeluh di akhir kata sambil menutup pintu rumahnya rapat.

"Kalau aku taulah perangai kau macam ni, baik aku takyah kejut kau pagi tadi," sambungnya jelas kedengaran menyesal dalam nadanya.

Rudy menjuling ke atas pantas mendaki anak tangga. Nasib kaulah, siapa suruh kejut aku. Aku boleh seronok duduk rumah, kau kejut aku apahal?

Langkah Rudy tak semena-mena terhenti tiba-tiba. Kejap.

"Kau cakap apa?" soalnya, memaling memandang Jet semula.

Jet mengetap bibirnya tersedar yang dia sudah tersasul. Alamak. Kantoi sudah.

Melihat wajah Jet yang bertukar pucat, Rudy terseringai.

"Oh? Jadi kau dengan perempuan tu dah pakatlah nak buat semua ni?" lenting Rudy, mula menuruni anak tangga semula. Matanya dijegilkan.

Jet menghelakan nafas dan mengurut batang hidungnya, lembut. "Rudy, aku boleh explain."

Jet cuba memegang bahu Rudy, namun cepat sahaja direntap lelaki itu. "Lepaslah!"

Jet tersentak. Dia menggerakkan rahangnya. Darahnya mula menyirap. Dia lelaki, dan sebagai lelaki tahap kesabarannya juga terhad.

Rudy melepaskan nafas sinis. "Tak sangka, kan? Aku minta tolong kau, kau khianat aku. Kau dengan perempuan tu sama aje!"

"Rudy, sudah!" gertak Jet, buat pertama kalinya dia menengking Rudy.

Rudy tersentak. Dia boleh nampak jelas perubahan diwajah Jet. Urat-urat halus di dahi juga mula kelihatan. Mukanya merah padam habis.

Dada Jet berombak, turun naik. "First, perempuan yang kau cakap tu ada nama. Nama dia Iman, ingat tu!" katanya, menekan perkataan yang terakhir.

"Second, Iman tak pakat apa-apa pun dengan aku. Aku yang nak bawa dia jumpa kau," sambungnya lagi, tidak setegang tadi.

Rudy mengurut kepalanya yang serabut. "Kenapa kau buat semua ni? Kau tau aku tak nak jumpa siapa-siapa buat masa sekarang, kan?" soal Rudy, masih mengawal ketinggian suaranya.

"Dia nak sangat jumpa kaulah, Rudy! Hari-hari dia tanya aku, mana kau. Dia tanya aku, ada dengar khabar pasal kau ke tidak. Dan hari-hari jugaklah, dia fikir pasal kau. Tapi engkau, sikit pun tak fikir langsung pasal perasaan dia." Jet menunding jarinya tepat di wajah Rudy. Dia menekan perkataan 'langsung'.

Jet dah masak teruk dengan perangai kawannya ini. Susah betul nak berbaik dengan orang. Apa berat sangat masalah dia pun tak tahulah.

Rudy terdiam. Dia meneguk air liurnya, pahit. Baru dia tahu selama ini Jet banyak menyimpan rahsia daripadanya. Jadi selama ini jugalah, dia banyak menipu?

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now