05

2.6K 1.7K 758
                                    

Jax Kyler meneliti sebuah fail berwarna hitam ditangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jax Kyler meneliti sebuah fail berwarna hitam ditangannya. Di dalam fail tersebut, terdapat beberapa maklumat profile tentang para subjek eksperimen yang bakal diuji tidak lama lagi.

Iris matanya kelihatan tekun membaca satu-persatu nama yang tertera pada kertas putih itu.

"Park Jimin.."

"Kim Taehyung.."

"Jeon Jungkook."

Nama-nama itu disebutnya satu-persatu. Sesekali, jemari runcing miliknya mengetuk perlahan hujung fail tersebut seperti sedang memikirkan sesuatu.

Serentak dengan itu, bibirnya menarik senyuman menyeringai sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun elok. Terluncur bunyi kekehan dari celah bibirnya.
ㅤㅤㅤ
"Well, nampaknya mangsa sudah masuk ke dalam perangkap."

Halus sahaja perkataan yang keluar dari celah bibir saintis itu. Tidak mahu didengari oleh pembantunya yang masih setia berada di belakang ketika ini.

Kata-katanya itu penuh dengan maksud tersirat dan kelicikan di akal fikirannya. Segalanya telah dirancang rapi.

Dia tidak akan membenarkan sebarang kesilapan berlaku. By hook or by crook, rancangannya ini harus dilaksanakan.

"Prof, boleh kita berangkat ke sana sekarang?" suara pembantu Jax Kyler menyinggah ke cuping telinga.

Pembantunya mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Bimbang jika mereka berdua terlambat untuk ke Urotect Lab yang perjalannya memakan masa selama 5 jam dari Seoul ke Gwangju.

Jax menutup fail yang berada di tangan. Tingkap yang memisahkan dunia luar dan di dalam pejabatnya, dipandang seketika.

Langit kelihatan gelap seperti mahu hujan. Guruh juga berdentum di langit pekat seperti mahu membelah langit bumi dan itu sudah semestinya akan menjejaskan perjalanan mereka nanti.

Tanpa menunggu masa, Jax bangun lalu mencapai kot putih pada sangga penyangkut lalu disarungkan pada tubuhnya. "Mari kita bertolak sekarang."

❐❐❐

Kwon Yoo menatap wajah ketiga-tiga banduan yang berada dihadapannya. Wajah mereka jelas menunjukkan reaksi kebingungan. Soalan yang diajukan oleh Taehyung dan Jimin dibiarkan tidak berjawapan untuk seketika.

Perlahan, Ketua Warden Penjara itu menarik nafas lalu menghembuskannya. Tangannya ditongkatkan ke atas permukaan meja.

"Memandangkan kamu semua akan dibebaskan daripada sini- hanya jika eksperimen berjaya dilakukan, kamu bertiga dikehendaki menandatangani satu perjanjian dan bersumpah untuk tidak melakukan sebarang jenayah lagi. Tidak kira sama ada ianya berkaitan jenayah berat ataupun ringan." jelas Kwon Yoo.

"Huh?"

Bunyi dengusan sinis seseorang membuatkan Kwon Yoo mengerling ke arah empunya suara. Ya, siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now