39 • Close friend

4.5K 568 110
                                    

— Maths —





Day 6

Bibir Ain tak lepas dari tersenyum semasa menggunakan telefonnya sejak tadi. Airil yang memandang pun rasa menyampah bila wanita tersebut dari tadi tersenyum-senyum sendiri di ruang tamu.

"Bahagianya dia main phone tu. Text siapalah tu kan?" Tegur Airil mendatar.

Ain mengerling padanya.

"Suka hatilah. Yang kau nak sibuk kenapa?"

Jelingan Ain dibalas oleh Airil.

"Entah-entah chat dengan budak Faizz tu. Dah get back dengan ex agaknya."

Mendengar kata-kata Airil, Ain automatik mempamerkan riak wajah meluat.

"Ew, hell no! Aku takkan get back dengan ex, okey? Ugh, ni budak-budak junior yang sibuk DM akulah. Aku layan jelah."

"Sudah-sudahlah tu. Sibuk sangat chat dengan budak bukan mahram. Tak dapat apa pun."

"Ehh biarlah. Dahlah, jangan kacau kita."

Ain bersandar pada sofa dan sambung mesej pelajar tingkatan dua itu.





b0b0.d1.m4n4

Awak tahu tak?
Awak ni macam selipar kat masjid
Awak curi hati saya
Dan sekarang ia hilang selamanya.. 😔💔
Menjadi milik awak

Aww~ so sweet! 😭💖
Hahahah sorry
Tak bermaksud pun nak curi hati awak 😗
Nanti saya pulangkan ya?

Ehhhhh takpe awak, takpe
Simpanlah hati saya selama mana awak nak
Saya tak kisah 😙💘





"Hahahahah! Weh, sweet betul budak ni! Pandai dia main hati orang." Ujar Ain kepada Airil yang sedang duduk di sofa berasingan.

Airil langsung tak mengendahkannya. Dia teruskan membaca buku rujukan Sejarahnya. Suasana sunyi di ruang tamu itu pecah dengan gelak tawa Ain saja memandangkan Puan Dina dan Wawa sekarang berada di dalam bilik. Encik Suhaimi pula semestinya sedang bekerja pada waktu begini.

"Tengoklah ni weh. Cer baca."

Ain menunjukkan skrin Iphone 7 plus dia pada Airil yang memaparkan mesej antaranya dengan budak 14 tahun itu. Airil pun membacanya dengan riak wajah malas.












"Bodo, budak-budak. Geli sia." Respon Airil.

"Ahahahah! Eh biarlah. Comel apa dia?"

"Takde kerja ke? Pergi belajar lagi bagus."

"Ish, kau jelah yang belajar. Orang nak enjoy dulu masa muda-muda ni. Sibuk sangat belajar."

"Lepas belajar, dapat result elok, baru boleh enjoy hidup senang. Bukannya menyesal kemudian bila dapat result teruk." Kata Airil.

Ain mengerling ke arah lelaki itu.

"Perli orang la ni?"

"Lebih kuranglah."

"Ish, sudahlah kau."

Ain teruskan menatal melalui feed Instagram, mengabaikan lelaki itu.

Dia tengok profile Instagram dia. Ramai juga yang follow dia di aplikasi tersebut. Sampai lebih 50k. Ain rasa macam nak kecilkan lagi social circle dia. Banyak orang yang tak dikenalinya menjadi follower dia.

MathsWhere stories live. Discover now