[ 001 ]

107 26 3
                                    

kalau rasa kurang faham boleh tinggalkan komen , inshaallah author akan explain ..

|NCT DREAM-RIDIN |

             ••••••••••••••••••••••

Jieun duduk di halaman perumahan agamnya , manakala dia sibuk menulis sesuatu di dalam buku diari khas untuknya. Ini memang sudah menjadi tebiat harian dia , jieun memang suka menulis diari tentang kehidupan nya .

Tengah sibuk dia bersendirian di situ , tiba-tiba datang beberapa pengawai peribadi orang tuanya . Perbuatan jieun terhenti setelah pengawai tersebut menunduk hormat dihadapannya .

"Ada apa? "Soal jieun tanpa mengalihkan pandangan ke hadapan .

"Agasshi, puan dan tuan lee mahu berjumpa dengan agasshi sekarang"pinta pengawai itu . Jieun tidak berkata apa-apa . Dia mula mengemas barangnya .

"Agasshi , biar saya yang tolong bawakan barang agasshi "tawar pengawai lelaki tersebut , jieun tidak membantah malahan dia terus meninggalkan halaman situ bersama diikuti dengan dua orang pengawai yang lain .

Seusai tiba di bilik kedua ibu bapanya berada , daun pintu dikuak oleh pembantu wanita yang jaga disitu .

"Tuan puan , jieun dah sampai "kata pembantu wanita yang dalam lingkungan 40-an , apabila bayangan jieun masuk ke dalam bilik tersebut .

Masuk sahaja di dalam , jieun sudah perasan susuk tubuh lelaki segak yang berdiri di sebelah puan lee . Apabila mata mereka bertembung , terus lelaki itu menunduk hormat .

"Uh-ni lah pengawai peribadi baharu tu? "Soal jieun , tanpa menoleh ke arah lelaki tersebut .

"Seonghwa sila perkenalkan diri kamu? "Minta Tuan lee .

Lelaki yang bernama seonghwa itu menunduk hormat lagi sekali . "Apa khabar cik jieun , saya park seonghwa iaitu pengawai peribadi baharu cik jieun.. Saya janji akan menjaga cik jieun baik-baik, walau apapun yang terjadi.. Itu janji saya "terang seonghwa yakin dengan ayat janjinya,dia menunduk hormat buat kali yang terakhir .

Jieun tidak membalas apa-apa, anak matanya fokus memandang tubuh seonghwa dari atas sampai ke bawah . Entah apa yang dia nak buat .

"Uh-okey , saya pergi dulu "minta jieun, tanpa membuang masa yang lama dia terus menapak keluar .

Seonghwa yang perasan akan itu teragak-agak sahaja sama ada nak ikut ataupun biarkan sahaja . "Ermm-seonghwa sshi , saya harap awak dapat jaga anak perempuan kami tu baik-baik.. Dia memang macam tu , susah untuk dikawal. Jadi , awak kena lah bersabar dengan sikap dia tu ya.. "Pesan Puan lee , seonghwa mengangguk kepala .

"Dan lagi satu , kalau dia tiba-tiba bad mood , saya nak pesan dekat awak tolong biarkan dia bersendirian ya.. Sebab dia kalau bad mood memang tak boleh diredakan..dengan cara tu dia okey.. "Sambung puan lee lagi , seonghwa mengangguk yakin .

"Jangan risau tuan puan , saya berjanji akan sentiasa berada disisi dia.. Demi keselamatan diri cik jieun "kata seonghwa bersungguh-sungguh . Puan lee dan tuan lee tersenyum lega dengan kata-kata yakin seonghwa.

"Seonghwa sshi , awak boleh lakukan kerja sekarang "arah tuan lee pula . Seonghwa menunduk hormat terdahulu sebelum menapak keluar .

•••

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now