[ 002 ]

73 22 1
                                    

     
          |♬ ATEEZ - STAY |

              
                •••••••••••••••••

"WOW ! seonghwa seriuslah kau sekarang bekerja sebagai pengawai peribadi tuan lee dekat sana  !"terkejut wooyoung hampir tersembur air yang diminum olehnya. Nasib dia sempat telan kalau tak habis muka kacak seonghwa dengan jongho kena sembur air  .

Kedua-dua Seonghwa dan jongho sekadar menggeleng kepala sahaja melihat telatah wooyoung itu."Hurmm macam mana hari pertama kerja dekat sana? Okey tak hyung? "Soal jongho pula  .

"Okey je macam biasa cuma itulah.. Anak perempuan tuan lee tu susah nak bertegur dengannya sebab dia tu sejenis ice cold sikit...bila hyung tanya dia itupun dia sama ada nak balas ataupun diam je "jelas seonghwa bila kotak ingatannya terbayang wajah jieun dan perangai nya  .

"Tak mengapa hyung  , itu semua perkara biasa sahaja  , mula-mula dia memang begitu lama-lama nanti dia sudah terbiasalah dengan hyunglah.. "Jelas jongho panjang lebar  ,  sememangnya si jongho ni selalu beri kata-kata nasihat untuk hyungnya  .

"By the way  , anak perempuan tuan lee tu macam mana rupa dia.. Lawa ke tak? Ke hodoh macam yeosang hyung? "Soal wooyoung sambil tersengih-sengih kambing dihadapan jongho dan seonghwa .

Seonghwa menggosok tengkuk belakangnya  , entahlah apa yang dia nak balas dengan soalan wooyoung ni  . "Urmm—semua ciptaan tuhan semua lawa-lawa "balas seonghwa. Jawapan yang masuk akal dia berikan  .

"Fuyooooo... Mesti lawa bahkan seorang bidadari ni  , kau kena bertuah hyung sebab dapat tuan yang lawa-lawa belaka ni.. Walaupun dia ice cold gitu tapi—"kata-kata wooyoung terhenti apabila mulutnya ditekup kasar oleh yeosang yang kebetulan baru tiba dan paling bagusnya dia dah dengar ayat-ayat wooyoung yang mengatakan dia 'HODOH'.

"Kau kata aku hodoh  , excuse me.. Aku paling terkacak dekat dunia ni tiada sesiapa boleh kata aku hodoh.. "Marah yeosang  , habis kepala wooyoung dia jadikan mangsa untuk melepaskan kemarahannya  . Nasib tak tercabut kepala budak wooyoung tu  .

"Apa-apa jelah korang ni  , hyung nak masuk tidur dulu dan jangan lupa tutup tingkap.. "Pesan seonghwa sebelum mempamitkan dirinya.

"Ho pun nak pergi masuk tidur  , takut esok lambat nak pergi kuliah "minta jongho pula  , namun tiada sebarang sahutan daripada yeosang dan wooyoung yang masih lagi tengah bergaduh  . Terus dia meninggalkan mereka berdua disitu  .

"AMPUN SANG  !"

"HUWEEEEE  ! "

                        ••

Jieun berjalan disepanjang taman bunga , angin pagi mula menerpa wajahnya  , baju gaun berwarna biru dan rambut panjang nya turut mengerbang mengikut pengerakkan angin  .

Kali ini seonghwa turut sama mengikut nya daripada belakang untuk keselamatan dia  . Mana tahu tiba-tiba pula ada haiwan bisa muncul  .

Jieun menghentikan langkah nya dihadapan sebuah kolam ternakan ikan bersama dengan air pancut yang tidak henti-henti mengeluarkan air  .

Seonghwa dibelakangnya turut sama berhenti  , dia memerhati kan gerak geri jieun daripada belakang  .

Jieun mencapai bekas makanan ikan yang berada di atas rak kayu, penutup bekas dibuka olehnya  . Kemudian dia mengaut makanan ikan dengan menggunakan scope yang tersedia disitu  . Lalu dilemparkan ke dalam kolam ikan  .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now