[ 008 ]

53 20 0
                                    

            

        | ♬ ATEEZ - MY WAY |

                  •••••••••••••••••••

Suasana di dalam kereta hanya sunyi menyepi sahaja tanpa sebarang suara daripada dua orang manusia itu  , kecuali suara radio yang dihidupkan sahaja  . Seonghwa fokus memandu dihadapan manakala jieun membuang pandangannya keluar tingkap  .

"Saya.. Minta maaf fasal tadi , dia memang macam tu suka sangat bertindak melulu , dan maaf sebab babitkan agasshi sampai agasshi tercedera disebabkan saya.."seonghwa mula menbuka kotak suaranya sekian mereka berdiam diri  .
Jieun tidak membalas apa-apa seperti tiada sesiapa yang tengah bercakap dengannya  .

"Agasshi tak apa-apakah ? Ada luka tak? "Soal seonghwa. 

Jieun menutup tapak tangannya yang terdapat kesan luka  , soalan seonghwa dia langsung tak balas  . "Urmm—kalau agasshi luka  , sapu ubat ni "tangan seonghwa menghulurkan ubat luka ke arah jieun yang duduk diseat belakang  . Manakala dia fokus pandang depan hanya tangan sahaja yang bergerak  .

Jieun menatap kosong ubat ditangan seonghwa . Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah kiri iaitu pandangan ke luar tingkap  , tangan seonghwa yang masih menghulurkan ubat  , dia abaikan sahaja  .

Seonghwa melepaskan keluhan berat  , dia simpan semula ubat itu ke dalam poket blazernya . 

Tidak lama kemudian  , kereta milik seonghwa berhenti di hadapan pintu pagar rumah agam . Dia menarik brek kereta lalu dia keluar daripada perut kereta  .

Baru sahaja dia mahu membuka kan pintu untuk jieun  , jieun terlebih dahulu keluar daripada perut kereta dengan wajah dinginnya . Langsung dia tak pandang sedikit pun wajah kacak seonghwa  .

"Agasshi—"panggil seonghwa perlahan namun jieun endahkan sahaja panggilan nya  . Dia mula mengorak langkah ingin masuk ke dalam kawasan rumah agamnya  . Tapi sempat di halang oleh seonghwa dengan memegang erat lengan jieun .

Tapak tangan jieun dipegang oleh seonghwa lalu dia meletakkan ubat tadi pada atas tapak tangan jieun  . "Agasshi , sapu ubat ni dekat kawasan luka supaya tangan agasshi cepat  sembuh, saya tahu tangan agasshi luka.. "Kata seonghwa lalu memandang sekilas luka yang terdapat pada tapak tangan jieun  .

"Saya minta diri dulu...Selamat malam agasshi jangan lupa sapu ubat yang saya beri tu "pesan seonghwa , dia mula mempamitkan dirinya  . Bayangan seonghwa hanya diekori dengan anak mata jieun sahaja sehingga lah seonghwa hilang daripada pandangannya . 

Kemudian dia menatap kosong ubat yang diberi oleh seonghwa sebentar tadi  . "Dia risaukan aku kah? "Soal jieun kepada dirinya sendiri .

              ••••••••••••••

Seonghwa merebahkan dirinya di atas katil empuk miliknya  , dia melepaskan keluhan berat apabila teringat kejadian tadi .

Lantas dia mencapai smartphone miliknya , dari skrin telefon terdapat mesej dan panggilan oleh Bo Ah  , lalu dia menekan mesej yang disampaikan oleh Bo Ah.  Boleh dikatakan beribu-ribu dia spam namun seonghwa tak baca. 

Bo Ah  : seonghwa ! Kenapa awak tak angkat panggilan saya.. Awak sibuk ke apa?
Bo Ah:seonghwa sshii  !
Bo Ah  : 😔

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now