[ 009 ]

51 20 0
                                    

   

       |ATEEZ - SUNRISE |

                 ••••••••••••••••••

"JAWABLAH PARK SEONGHWA  ! SAMPAI HATI DIA BLOCK NOMBOR AKU  !"Bentak Bo Ah geram  , habis dia melepaskan geramnya dengannya menyepahkan barang-barang yang berada di dalam pejabat  . Manakala pekerja-pekerja nya yang lain hanya perhatikan sahaja kelakuan bos mereka.

Terabur semua fail-fail kerjanya  , Bo Ah meraup geram rambutnya ke belakang  . Apa yang susah sangat dengan seonghwa ni nak jawab panggilan , dia pun tak fahamlah  . Malahan seonghwa terus block nombor dia  . Selepas puas melepaskan semua perasan geramnya  , Bo Ah terduduk bersandar pada dinding pejabatnya  .

Air mata yang ditahan akhirnya mengalir keluar lalu membasahi pipi gebu miliknya  . "Aku cuma nak kita bersama seperti dulu je.. Kau masih marahkan aku ke? Seonghwa? Aku tahu masa tu aku bodoh sebab tinggalkan kau.. "

"Baru sekarang aku kesal  , aku dah sakitkan hati kau.. "Tersedu-sedu Bo Ah mahu menyampaikan perbicaraan nya  , walaupun tiada sesiapa yang sudi mendengar luahan nya  .

"Kyah bo ah  ! Kau asal ni?! "Sergah rakannya gayoung yang baru sahaja sampai namun dia terkejut disaat melihat keadaan dalam pejabat bo ah yang sepah dah macam dekat tempat liputan sampah  .

Dia cangkung dihadapan tubuh bo ah yang menangis teresak-esak  . "Aku kecewa.... "Kata bo ah lalu menyebamkan wajahnya pada dada milik gayoung  . Gayoung membalas dengan menepuk lembut badan belakang bo ah  .

"Aku terlampau bodoh sebab tinggalkan dia  , dan baru sekarang aku cari dia.. "Luah bo ah dalam tangisan derasnya  .

"Tulah kau  , bila senang lupakan dia dah susah baru nak cari.. Seperti orang kurang siuman "kata gayoung  , dia memang dah tahu sangat-sangat dengan perangai tak matang bo ah  . Pelukkan tadi dileraikan  , bo ah memandang gayoung dengan wajah sayu  .

"Aku nak bersama dengan dia semula... "Kata bo ah lalu menunduk wajahnya ke bawah  .

"Kau rasa dia nak terima kau macam tu ke? Mestilah dia masih rasa sakit lagi.. Bukan senang nak sembuhkan hati seseorang yang betul-betul sayangkan kau.. "

"Entah-entah perasaan dia terhadap kau dah lama pudar.. Memang mustahil lah "gayoung memegang kedua belah bahu milik bo ah  , bo ah pula menggeleng kecil hatinya terasa sebak  .

"Apa patut aku buat? "Tanya bo ah  .

"Apa gunanya kalau kau merayu berkali-kali pun dia tak terima.. So.. Aku tak tahu  , lagipun ini semua salah kau.. "Balas gayoung sambil mengangkat bahunya tidak tahu cara apa yang perlu dilakukan lagi  . Bo ah melepaskan keluhan berat  .

                   •••••••••••

"Park seonghwa boleh tolong ahjusshi angkat pasu bunga ni boleh? Pasu bunga ni berat betul "Pinta Encik Kwon sambil menunjuk pasu bunga bersaiz besar, seonghwa yang sibuk dengan ikannya terus bergegas ke arah Encik Kwon  . Dengan sekuat tenaga mereka sedaya upaya mengangkat pasu bunga tersebut lalu dialihkan ke tempat yang lebih luas  .

"Huhh—"seonghwa melepaskan keluhan perlahan  , sungguh berat pasu bunga tu.  Mesti mahal harga pasu bunga ni  .

"Gomawo seonghwa sshii "ucap Encik Kwon sambil menepuk perlahan bahu sasa milik seonghwa  ..

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now