[ 014 ] - special yeosang

48 15 5
                                    

   
      |♬  ATEEZ-PRECIOUS |

→Buat pengetahuan korang  , chapter ni author akan lebihkan yeosang ya.. Yang lain chapter 15 nanti baru watak utama banyak..
→Lepasni yeosang part tak banyak dah.. Hohokk..
→Maaf kalau bosan ..author kekurangan idea.. Harap korang faham..

                 ••••••••••••••••

"Kyah ! Korang  !"teriak In Ah yang baru sahaja masuk ke dalam rumah  . Terperanjat hongjoong dengan yeosang bila in ah tiba-tiba sergah masuk  .

"Ha kau ni dah kenapa pagi-pagi buta bising macam ayam betina nak bertelur pula "sindir yeosang sambil sibuk menikmati sarapan pagi. Satu jelingan di balas oleh in ah  .

"Korang tak nak main salji dekat luar sana ke? Bosan lah kalau aku sorang je tak ada peneman yang boleh mengembirakan aku "In Ah merengek tak tentu pasal  . Wajah manusia dihadapannya dipandang dengan menayang reaksi bersimpati  .

"Salji? Tak nak aku  , dahlah sejuk  , lebih baik aku hangatkan badan ni "cepat sahaja yeosang membalas  .

"Siapa nak ajak kau  , aku cuma ajak hongjoong je.. Perasan "setepek in ah lemparkan sindiran kepada yeosang  .

"Eh? Aku pula "sampuk hongjoong apabila namanya baru sahaja dipetik oleh in ah  .

"Haa dah tu asal gunakan perkataan 'korang 'kalau kau hanya ajak hongjoong seorang je .."kali ni yeosang pula perli in ah . Dia tersenyum sinis  .

"Ahhhh.. Aku bencilah bila berjumpa dengan manusia sejenis macam kau ni..mulut leser betul "bangang in ah dibuatnya  , dia menjeling tajam tepat iris mata yeosang  .

"Haa dah tahu tak payah lah jumpa aku  , blah daripada sini pun boleh  .. Tak tahu malu yang dia tu hanya 'menumpang'.. "Bebel yeosang sempat lagi dia mengejek-ejek in ah.  Lagilah membuatkan kesabaran in ah makin membuak-buak  , manakala hongjoong sudah terasa meluat dengan perangai masing-masing.

"Aku tak nak masuk campur hal peribadi korang  , aku gerak dulu.. "Hongjoong akhirnya mempamitkan dirinya daripada suasana tegang itu  .

"Aku ingatkan kau betul-betul nak bantu aku tapi.. Aku salah .. Minta tolong dengan orang yang suka cari pasal dengan aku.. Fine.. Aku berambus daripada rumah kau ni... "Kendur sahaja nada suara in ah , tanpa melengahkan masa.. Dia terus menapak keluar daripada apartment situ dengan muka yang bengang. Sedih pun ada..

Yeosang tidak menghalang malahan dia biarkan sahaja pemergian in ah  .  "Ahhhh—pikir aku ni kisah ke pasal kau "jerit yeosang namun masih dapat didengari oleh seketul in ah  .

Lantas in ah berlari menghampiri pintu lif yang mahu menutup . "Tunggu  ! "Nasib dia sempat menghalang pintu lif daripada tutup. Hongjoong menayangkan wajah kosong  .

"Ahhh.. Kau nak pergi mana? "Soal hongjoong  .

"Aku.. Aku nak berambus "balas in ah mendatar  .

"Berambus? Aiihh ni mesti gaduh dengan yeosang kan? Korang ni memang dari dulu tak boleh bersama  , mesti ada je bergaduh walaupun masalah kecil-kecilan je "membebel hongjoong panjang lebar  , dia memang dah tahu sangat-sangat perangai in ah dengan yeosang  , yang memang dilahirkan tidak boleh duduk bersama-sama.

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now